Ingatkan buaya, rupanya babi berenang



Ingatkan buaya, rupanya babi berenang

Melaka: “Saya ingatkan buaya, rupanya babi berenang dari tengah laut. Mujur tidak disondol gerai,” kata peniaga, Aman Hussin, 27, mengenai kejadian seekor babi berenang di Pantai Puteri, Tanjung Kling, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, babi berkenaan dilihat berenang dari tengah laut sebelum meluru naik ke pantai dan melompat menyeberang jalan.

Difahamkan kejadian turut menyebabkan seorang penunggang motosikal cedera apabila dirempuh haiwan itu yang ketakutan.

Aman berkata, dia hairan dari mana babi itu datang kerana ia dilihat berenang dari tengah laut hingga ke pantai.




“Saya pun tidak tahu dari mana babi itu datang. Mula-mula kelihatan seperti buaya kerana saya hanya melihat dari jauh sebelum ia naik ke pantai. Takkanlah dari Indonesia?

“Setahu saya ini, ini kejadian pertama babi berenang di pantai tapi difahamkan di kawasan Umbai dan Merlimau ia biasa berlaku,” katanya ditemui di kedainya hari ini.

Sementara itu video berdurasi 37 saat memaparkan kejadian berkenaan tular di media sosial sejak kelmarin.

Berdasarkan rakaman itu, haiwan berkenaan naik ke pantai dan meluru melarikan diri apabila melihat orang ramai sebelum tersekat di kawasan berpagar.

Jelas kedengaran jeritan orang ramai yang terkejut dan takut melihat haiwan itu muncul secara tiba-tiba.




Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Mohd Firddaus Mahmood tidak dapat dihubungi untuk mengulas kejadian kejadian berkenaan. HM

Ingatkan buaya, rupanya babi berenang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha



Leave a Reply

Your email address will not be published.