Saya tak sempat nak tolong orang Melayu – Mahathir

Saya tak sempat nak tolong orang Melayu – Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beliau memiliki banyak pelan untuk membantu orang Melayu ketika menjawat jawatan itu kali kedua.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, kemiskinan merupakan antara masalah dilalui orang Melayu dan dia mengetahui cara untuk mengatasi masalah itu.

Tambah beliau, rancangan juga telah diatur untuk mengatasi masalah kemiskinan kampung-kampung seumpamanya.

“Bagaimanapun, belum sempat kita dapat lancar perancangan berkenaan, saya telah dibuang dan ditolak jatuh dari jawatan.

“Mereka lebih utamakan nak jadi Perdana Menteri daripada selesaikan masalah orang Melayu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Hari Raya Parlimen Langkawi di Dataran Telaga Walk, Pantai Chenang di sini, pada Isnin.

Tambah Dr Mahathir, beliau sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan kemiskinan dalam kalangan orang Melayu.

“Ini kerana selagi mereka miskin, mereka akan hadapi masalah, dan ia akan menyebabkan keadaan menjadi tidak stabil,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas pelawaan Ketua Penerangan UMNO Selangor, Isham Jalil untuk mengadakan sesi wacana bersama dirinya.

Mengenai pelawaan Isham itu, Dr Mahathir memaklumkan, ada acara lain untuk membangkitkan isu-isu lain dalam negara.

“Tak semestinya dengan ada wacana seperti ini dan ada tujuan tertentu untuk ada perjumpaan yang macam itu,” katanya. Sinar

Saya tak sempat nak tolong orang Melayu – Mahathir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker