Perang mulut antara Tian, Prabakaran makin panas
Perang mulut antara Tian, Prabakaran makin panas
Pergeseran antara Anggota Parlimen Batu, P Prabakaran dan pendahulunya Tian Chua dilihat semakin ‘panas’.
Ini selepas Tian mendakwa penggantinya itu menyebarkan maklumat palsu melalui beberapa ciapan di Twitter.
Tian berkata terdapat unsur fitnah apabila Prabakaran menyiarkan gambarnya menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Bersatu pada 2021 dengan kapsyen mengelirukan.
“Adalah tidak beretika dan berniat jahat apabila dia menyebarkan pembohongan mengenai saya menghadiri iftar Bersatu Ramadan lalu. Hakikatnya majlis itu berlangsung pada tahun 2021.
“Ia dianjurkan oleh NGO dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan. Ahli pasukan Praba sendiri, Stephen Niles, turut menghadiri majlis yang dipanggil ‘makan malam pengkhianat’,” kata Tian menerusi Facebook.
Tian mengingatkan bahawa Prabakaran pada mulanya bertanding sebagai calon bebas bagi menentang PKR pada pilihan raya umum ke-14.
“Sebab beliau bertanding menentang Pakatan Harapan tidak diketahui oleh kami sehingga kini. Bagaimanapun, saya memilih untuk menyokongnya (pada 2018),” tambahnya.
Selepas Tian hilang kelayakan untuk mempertahankan kerusinya, PKR menyokong Prabakaran sebagai calon dan dia kemudian menyertai parti itu.
Tian sebelum ini dikaitkan dengan kem bekas timbalan presiden PKR, Azmin Ali.
Azmin bagaimanapun terlibat dalam usaha menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika dalam PKR melalui langkah Sheraton.
‘Jangan perkenal budaya serang peribadi’
Tian berkata dalam pemilihan PKR kali ini, Prabakaran menentangnya sebagai ketua cabang Batu.
Bagaiamanapun Tian berkata dia mengalu-alukan langkah tersebut kerana ia adalah amalan demokrasi dalam parti.
“Saya harap Prabakaran, sebagai pendatang baru dalam PKR, belajar tentang prinsip parti daripada pemimpin lama.
“Persaingan yang sihat tidak mengapa. Tolong jangan perkenalkan budaya politik penipuan dan serangan peribadi kepada parti tercinta kita,” tambah Tian. Mk
Perang mulut antara Tian, Prabakaran makin panas
Baca Artikel Menarik:
- Ismail hulur sumbangan peribadi kepada keluarga pelajar USAS
- Anwar tak buat persediaan untuk debat – penganalisis
- Nelayan tangkap ikan pari gergasi
- Aksi lelaki berdua dalam tandas buat ramai pelik
- Hang gatal sangat, hang jawab – Sanusi
- Kerajaan hadapi tekanan hasil apabila PH hapuskan GST
- Halau nyamuk, tanam 7 jenis pokok ini
- Najib cadang Petronas ambil alih Sapura Energy
- 10 fakta Terowong Menora, jajaran maut di Banjaran Keledang
- Rosnah Mat Aris nafi bomohkan suami
- Baru nak bernyawa , kena banjir lagi – Tiara Jacquelina
- PAS cuba hantar mesej tersirat sebelum EGM Umno – Shabery
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu