Burung merpati ‘pink’ penemuan mengejutkan

Burung merpati merah jambu yang dirakam seorang wanita di England. – SWNS

LONDON – Seorang wanita di Lancashire, England membuat penemuan mengejutkan apabila merakam kelibat seekor burung merpati berwarna merah jambu di laman rumah ibunya, lapor akhbar Mirror UK, semalam.

Kelly Lunney menyedari kehadiran burung merpati unik itu ketika melawat ibunya baru-baru ini.

“Ia satu situasi mengejutkan kerana saya tidak pernah melihat burung merpati berwarna merah jambu.

“Ramai yang menganggap bulunya telah diwarnakan tetapi saya yakin, ia adalah spesies burung merpati merah jambu Nesoenas Mayeri yang berasal dari Kepulauan Mauritius.

Terdapat hanya kira-kira 500 ekor dari spesies itu yang wujud di dunia yang tinggal di dunia.

Ramai pengguna media sosial mempersoalkan ketulenan burung itu dengan ramai yang percaya ia mungkin jatuh ke dalam tong cat neon.

“Beberapa orang telah bertanya kepada saya jika ia telah dicelup dalam cat tetapi ia mempunyai kaki merah jambu dan biasanya, burung memiliki kaki dengan warna putih atau kelabu.

“Apabila ia mengangkat sayapnya, ia mempunyai garis putih di bawahnya dan ia kelihatan sama pada kedua-dua belah ketika ia terbang,” tegas Lunney. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker