Gelar botak dianggap melakukan gangguan seksual
Gelar botak dianggap melakukan gangguan seksual
Hakim sebuah mahkamah di London dalam sebuah perbicaraan memutuskan tindakan menggelar seorang lelaki sebagai botak sebagai melakukan satu gangguan seksual, lapor akhbar Daily Star semalam.
Keputusan itu dibuat di tribunal pekerjaan di bandar Sheffield selepas perbincangan yang dihadiri oleh tiga lelaki yang mengalami keguguran rambut dengan memberikan pendapat mereka.
Pendengaran kes itu melibatkan seorang juruelektrik dan majikannya di sebuah firma pembuatan, lapor akhbar The Telegraphs.
Juruelektrik, Tony Finn telah bekerja dengan syarikat The British Bung Manufacturing selama hampir 24 tahun sebelum dipecat pada Mei tahun lalu.
Finn mendakwa dia telah dibuang kerja secara tidak adil selepas memukul rakan sekerjanya yang menggelarnya botak. Dia menganggap gelaran tersebut sebagai satu bentuk gangguan seksual.
Hakim, Jonathan Brain terpaksa memutuskan sama ada sindiran itu boleh dianggap sebagai satu gangguan seksual atau sekadar penghinaan.
Dalam perbicaraan kes, Brain memutuskan bahawa terdapat perkaitan antara perkataan botak dan ciri seks yang dilindungi.
Beliau berkata, mana-mana istilah yang diguna dalam bentuk penghinaan boleh dikelaskan sebagai satu bentuk gangguan seksual.
Finn memenangi kes tersebut atas dakwaan pemecatan yang tidak adil dan menerima serangan gangguan seksual. K Online
Gelar botak dianggap melakukan gangguan seksual
Baca Artikel Menarik:
- Bank Negara tidak iktiraf kripto, bitcoin atau ethereum
- Suntik darah dalam makanan di pasar raya
- 5 mangsa rentung berhampiran Terowong Menora disahkan pelajar USAS
- Janda Baik ‘dihentam’ kepala air
- PRU15: BN atau PKR jadi pilihan?
- Kencing manis, darah tinggi tidak layak tunai haji
- Nasrudin tawar ‘formula penyatuan ummah’
- Pelajar IPT cedera ditumbuk, ditendang dan disamun
- Sudah pandu mabuk, cuba rasuah polis pula
- Kem terjun negara bolot lapan pingat emas
- Pemandu Myvi putih pandu secara bahaya ditahan
- Pelanggan kedai temui ulat dalam sambal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu
You must be logged in to post a comment.