‘Cash is king’, ‘king’ itu rakyat – Najib

‘Cash is king’, ‘king’ itu rakyat – Najib

Datuk Seri Najib Razak mempertahankan pendekatan ‘cash is king’ yang dibawanya dengan menyifatkan langkah itu lebih mudah untuk membantu rakyat ketika susah.

Sambil merujuk ‘king’ itu adalah rakyat, beliau berkata, pengenalan pembayaran tunai secara terus kepada rakyat yang diperkenalkan di bawah pentadbirannya sebelum ini dan diteruskan sehingga hari ini, berjaya menyegerakan bantuan kepada rakyat.

“Sebab itu cara kita mahu tolong rakyat dengan ‘direct transfer’. Kita bagi pada semua. Gunakanlah duit itu, kalau nak beli buku, nak beli beras, belilah. Kalau nak bawa anak makan McD, bawalah.. asalkan kita tolong rakyat dengan segera dan cepat.

“Kalau rakyat susah kita bantu cepat melalui ‘direct payment’, jangan pulak nak tegur rakyat, sekarang adalah masa kena ikat perut, rakyat tengah susah. Sebab itu ‘cash is king’, ‘king’ itu adalah rakyat,” katanya dalam program Debat Perdana Anwar-Najib yang disiarkan secara langsung malam ini.

Beliau meletakkan unjuran, jika hasil RM30 bilion yang dapat dijana menerusi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak dimansuhkan, kerajaan memiliki lebihan dana untuk membantu rakyat ketika negara berdepan kesusahan.

“Sebab itulah kita mesti lihat bagaimana kita boleh menambahkan hasil negara. Bila kita tambah (hasil), maknanya kita pulangkan balik kepada rakyat. ‘Direct cash payment’ adalah yang terbaik terutama ketika zaman pandemik COVID-19 dan ia sudah dilakukan oleh negara lain,” katanya.

Bagi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula, kerajaan seharusnya membebaskan rakyat daripada beban kemiskinan bukan hanya dengan memfokuskan pemberian bantuan tunai kepadanya.

Katanya, masalah jangka panjang dihadapi rakyat tidak akan dapat diselesaikan jika kerajaan hanya mengambil dasar bantuan seumpama itu saja tanpa memikirkan soal mencipta peluang pekerjaan, menyelesai masalah pengangguran dan kemiskinan serta membasmi amalan rasuah dalam pentadbiran. BH

‘Cash is king’, ‘king’ itu rakyat – Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Waze punya pasal terpaksa terokai hutan

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Baby Shima kena kecam lagi goyang pinggul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker