Jangan ulang balik 4 tahun lepas, 3 kerajaan, 3 PM – Najib
Jangan ulang balik 4 tahun lepas, 3 kerajaan, 3 PM – Najib
Kestabilan politik Malaysia perlu dikembalikan semula sebagai formula untuk negara bangkit dalam mendepani kelembapan ekonomi dan cabaran inflasi yang melanda ketika ini.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kestabilan penting kerana ia membolehkan kerajaan merangka pelbagai dasar untuk manfaat rakyat.
Pada masa sama, tegas bekas Menteri Kewangan itu, kerajaan yang stabil dapat melaksanakan pelbagai projek mega yang akan memberi keuntungan kepada semua pihak.
“Kita perlu rancangan jangka panjang. Kalau asyik tukar kerajaan, kita tidak ada masa. Inilah yang amat diperlukan oleh negara sekarang.
“Saya yakin kita ada kekayaan, kita cukup sumber untuk angkat darjat kita ke tahap lebih baik,” katanya ketika Debat Perdana bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini malam ini.
Sementara itu, Najib turut bersetuju dengan Anwar apabila membabitkan soal ketelusan dan memerangi rasuah.
“Kalau kita buat projek infra untuk rakyat pun, kita buat tender terbuka dan MRT (Transit Aliran Massa) contohnya, bila kita buat tender terbuka ia siap lebih awal.
“Projek infra rakyat mesti diteruskan kerana ia boleh menjana pendapatan kepada negara, sekali gus membangunkan semula ekonomi pasca pandemik Covid-19 serta membuka peluang pekerjaan buat rakyat.
“Tapi ini semua premisnya apa, kestabilan politik. Jangan ulang balik empat tahun lepas, tiga kerajaan, tiga Perdana Menteri. Tak mungkin orang ada keyakinan pada negara kalau tidak ada kestabilan apatah lagi untuk jamin masa depan,” katanya. MG
Jangan ulang balik 4 tahun lepas, 3 kerajaan, 3 PM – Najib
Baca Artikel Menarik:
- Bank Negara tidak iktiraf kripto, bitcoin atau ethereum
- Suntik darah dalam makanan di pasar raya
- 5 mangsa rentung berhampiran Terowong Menora disahkan pelajar USAS
- Janda Baik ‘dihentam’ kepala air
- PRU15: BN atau PKR jadi pilihan?
- Kencing manis, darah tinggi tidak layak tunai haji
- Nasrudin tawar ‘formula penyatuan ummah’
- Pelajar IPT cedera ditumbuk, ditendang dan disamun
- Sudah pandu mabuk, cuba rasuah polis pula
- Kem terjun negara bolot lapan pingat emas
- Pemandu Myvi putih pandu secara bahaya ditahan
- Pelanggan kedai temui ulat dalam sambal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Waze punya pasal terpaksa terokai hutan
Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu