5 Rentung: Zahid Zahir Rasa Sedih Terima Perkhabaran Nahas Tragedi Menimpa Mangsa
5 Rentung: Zahid Zahir Rasa Sedih Akan Nahas Tragedi Menimpa Mangsa
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa sedih menerima perkhabaran lima pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Perak maut dalam nahas jalan raya malam tadi.
Katanya, berdasarkan maklumat yang tular kesemua mangsa yang rentung merupakan pelajar lelaki berusia berusia antara 19 hingga 23 tahun.
“Saya dengan perasaan penuh dukacita mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa dan berharap agar mereka bertabah.
“Sebagai seorang bapa yang memiliki anak tentunya sedikit sebanyak saya memahami perasaan ibu bapa dan ahli keluarga mereka.
“Namun benarlah kata-kata berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kehilangan yang tidak terjangka seperti itu sangat memilukan,” katanya menerusi hantaran dalam laman facebooknya, hari ini.
Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mendoakan semoga Allah S.W.T merahmati roh kesemua anak-anak muda yang terkorban itu.
“Kepada para pengguna jalan raya saya pinta sentiasalah berhati-hati ketika memandu bukan saja demi keselamatan diri, malah demi keselamatan insan lain,” katanya.
Dilaporkan, Kelima-lima mangsa yang rentung apabila kereta yang dinaiki mereka terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Km 246 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Kuala Kangsar tengah malam tadi, dikenal pasti sebagai pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). – UMNO Online
5 Rentung: Zahid Zahir Rasa Sedih Akan Nahas Tragedi Menimpa Mangsa
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Bank Negara tidak iktiraf kripto, bitcoin atau ethereum
- Suntik darah dalam makanan di pasar raya
- 5 mangsa rentung berhampiran Terowong Menora disahkan pelajar USAS
- Janda Baik ‘dihentam’ kepala air
- PRU15: BN atau PKR jadi pilihan?
- Kencing manis, darah tinggi tidak layak tunai haji
- Nasrudin tawar ‘formula penyatuan ummah’
- Pelajar IPT cedera ditumbuk, ditendang dan disamun
- Sudah pandu mabuk, cuba rasuah polis pula
- Kem terjun negara bolot lapan pingat emas
- Pemandu Myvi putih pandu secara bahaya ditahan
- Pelanggan kedai temui ulat dalam sambal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu