MMA terima 36 kes buli melalui talian HelpDoc sejak 2017

MMA terima 36 kes buli melalui talian HelpDoc sejak 2017

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menerima lebih 120 kes melalui talian aduannya HelpDoc dan 36 daripadanya adalah kes buli.

Presiden MMA, Dr Koh Kar Chai berkata, HelpDoc dilancarkan pada 2017 untuk memberi bantuan kepada pengamal perubatan dalam melaporkan kes buli tanpa rasa bimbang dan takut dicela.



Ia juga menyedari hakikat bahawa kes buli mungkin tidak pernah dilaporkan kerana pengadu khuatir dikenakan hukuman selanjutnya.

“HelpDoc diwujudkan untuk doktor yang menghadapi masalah di tempat kerja dan mereka tidak perlu takut kerana sebarang laporan dibuat di luar talian dan kami akan melakukan susulan dengan doktor terbabit untuk menyelesaikan kes itu,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Sementara itu, Koh mengingatkan orang ramai tidak mudah membuat penilaian terhadap “pembuli” kerana sesuatu kejadian itu berlaku ada penyebabnya.

Katanya, sumber tekanan seperti kata-kata kasar, junior yang berulang kali melakukan kesilapan atau berpotensi menyebabkan kemudaratan kepada pesakit, mungkin antara faktor penyumbang “buli” berlaku.



Beliau mengulangi bekerja dalam bidang perubatan menghadapi banyak tekanan, oleh itu, bantuan disediakan di pelbagai hospital sebagai unit khusus yang menawarkan khidmat kaunselor profesional dan pakar psikiatri.

“Kami juga mempunyai unit pengurusan tekanan untuk doktor di hospital, mempunyai kaunselor dan pakar psikiatri, iaitu mereka boleh pergi dapatkan bantuan, sekiranya mempunyai masalah.

“Unit-unit ini menyediakan khidmat secara berkala dengan doktor dan mereka boleh mendapatkan khidmat kaunselor sendiri, jika mereka rasa tertekan.”

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan perlu meneliti semua faktor penyumbang dalam menangani isu yang dihadapi doktor muda ketika menjalani “housemanship” dan juga kebajikan doktor dalam sistem penjagaan kesihatan awam. FMT



MMA terima 36 kes buli melalui talian HelpDoc sejak 2017


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Intan Najuwa calon menantu ‘limited edition’



Janna Nick persetan netizen

Mimy Fly terkilan teman lelaki dipanggil negro



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker