Lelaki terbaring rupanya kena pukul, samun

Lelaki terbaring rupanya kena pukul, samun

SEORANG lelaki warga tempatan ditemui terbaring di tepi jalan selepas dipukul dan disamun dua individu dalam satu kejadian di Taman Tenaga, Cheras, hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya mula mengesan kejadian tersebut menerusi satu video yang dikongsikan di laman sosial kira-kira pukul 5 petang tadi.



Katanya, sehingga kini mangsa belum dapat ditemu bual kerana masih menunggu keputusan ujian saringan Covid-19.

Malah, dompet milik mangsa turut dilaporkan hilang dan polis mengesyaki suspek adalah dua individu yang menunggang motosikal seperti di dalam rakaman video.

“Kes kini disiasat dibawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad Idzam berkata, isteri mangsa telah membuat laporan polis dan mangsa masih menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras.



Sehubungan itu, Muhammad Idzam memohon saksi kejadian tampil menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan bagi membantu siasatan. Utv

Lelaki terbaring rupanya kena pukul, samun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat

Sakit hati tengok Maria Farida terlalu lawa



Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker