Bank digital mampu tarik lebih ramai pelabur

Bank digital mampu tarik lebih ramai pelabur

Perkembangan dalam sektor perbankan digital Malaysia yang memperlihatkan lima konsortium memperoleh lesen bank digital, dijangka menarik lebih ramai pelabur asing ke negara ini.

Rakan dan Ketua Amalan Ekuiti Swasta (PE) di Asia Tenggara Bain & Company, Usman Akhtar, berkata perbankan digital bersedia untuk menarik pelabur sama seperti pasaran global yang lain.

“Perbankan digital menarik minat pelaburan dalam pelbagai pasaran dan kami memberi jaminan bahawa tidak ada kekurangan pelabur yang teruja dengan perkhidmatan kewangan digital.

“Perbankan digital akan menjadi tema yang boleh dilabur pada masa hadapan dan kita mesti memerhatikannya,” katanya pada sesi soal jawab semasa taklimat media mengenai Laporan Ekuiti Swasta Asia Tenggara Bain and Company 2022, semalam.

Selama bertahun-tahun, sektor internet dan teknologi menyumbang bahagian terbesar jumlah dan nilai urus niaga merentas landskap PE Asia Pasifik yang lebih besar.

Di Asia Tenggara, ekonomi digital terus berkembang pesat apabila pelaburan berteraskan teknologi kekal dominan di Indonesia (60 peratus daripada kiraan perjanjian) dan menerajui pertumbuhan di Singapura (50 peratus daripada kiraan perjanjian) dan Vietnam (55 peratus daripada kiraan perjanjian).

Sektor lain seperti penjagaan kesihatan dan perkhidmatan kewangan mula mengambil bahagian yang ketara sebagai sasaran pelaburan, dengan masing-masing mewakili 18 peratus dan sembilan peratus daripada kiraan perjanjian.

Mengulas mengenai trend ekuiti swasta di Malaysia, Penasihat Kanan Perniagaan PE Global Bain, Suvir Varma berkata, berbeza dengan Singapura, Vietnam dan Indonesia, aktiviti ekuiti swasta negara ini kurang aktif, walaupun ia terus menarik pelaburan asing.

“Kami terus melihat transaksi sekali-sekala dalam produk pengguna, logistik kejuruteraan ketepatan dan pusat logistik kemudahan e-dagang, tetapi pelabur melihat lebih banyak peluang pelaburan berorientasikan pertumbuhan yang menarik dalam pasaran Asia Tenggara yang lain,” tambahnya.

Menurut Laporan Tahunan PE Asia Tenggara Bain & Company 2022, nilai perjanjian pelaburan ekuiti swasta Asia Tenggara berjumlah AS$25 bilion pada 2021 berbanding purata lima tahun, dengan Singapura meningkat 108 peratus, diikuti Indonesia (meningkat 310 peratus), Vietnam (meningkat 91 peratus), manakala Malaysia (mengucup tujuh peratus).

Mengenai prestasi keseluruhan, pasaran PE Asia Tenggara mencatatkan pencapaian yang paling mengagumkan dalam sejarahnya, dengan nilai urus niaga mencapai rekod tertinggi sepanjang masa sebanyak AS$25 bilion, lebih sekali ganda daripada angka 2020. BH

Bank digital mampu tarik lebih ramai pelabur


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Intan Najuwa calon menantu ‘limited edition’

Janna Nick persetan netizen

Mimy Fly terkilan teman lelaki dipanggil negro

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker