Anak diktator Filipina menang besar pilihan raya presiden

Anak diktator Filipina menang besar pilihan raya presiden

Anak lelaki mendiang diktator Filipina, Ferdinand Marcos, meraih kemenangan besar dalam pilihan raya presiden, ketika pengundi menolak amaran berhubung kebangkitannya akan membahayakan demokrasi rapuh di negara itu.

Dengan lebih 90% undi sudah dikira, Ferdinand “Bongbong” Marcos Jr mendapat hampir 30 juta undi, lebih dua kali ganda berbanding pencabar terdekatnya, calon liberal, Leni Robredo.

Kemenangan besar yang tidak dapat disangkal itu merupakan perubahan nasib bagi puak Marcos.

Aktivis hak asasi manusia, pemimpin Katolik dan penganalisis politik memberi amaran Marcos Jr boleh memerintah dengan lebih tegas, jika beliau menang dengan majoriti besar.

Dalam ucapan lewat malam tadi dari ibu pejabat kempennya di Manila, Marcos mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan atas “pengorbanan dan kerja” mereka selama berbulan-bulan.

Tetapi, beliau tidak mengumumkan dirinya sudah menang, sebaliknya memberi amaran “kiraan belum selesai”.

“Mari tunggu sehingga ia sangat jelas, sehingga kiraan mencapai 100% baru kita boleh raikan.”

Di luar, penyokong menyalakan bunga api, mengibar bendera Filipina dan menaiki kereta sambil melaungkan kemenangan.

Cleve Arguelles, pensyarah sains politik di Universiti De La Salle, Manila, menyifatkan jelas “ini akan menjadi pilihan raya bersejarah” buat Filipina. FMT

Anak diktator Filipina menang besar pilihan raya presiden


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Intan Najuwa calon menantu ‘limited edition’

Janna Nick persetan netizen

Mimy Fly terkilan teman lelaki dipanggil negro

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker