Maut dipatuk ular berbisa
Maut dipatuk ular berbisa
Seorang lelaki yang membantu rakannya penjaga haiwan peliharaan eksotik maut selepas dipatuk ular berbisa puff adder yang dibawa masuk dari Afrika, Jumaat lalu.
Profesor Jabatan Perubatan Kecemasan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof Madya Dr Ahmad Khaldun Ismail berkata, ini adalah kes pertama direkodkan membabitkan ular spesis itu di Malaysia.
“Terdapat dua kes gigitan ular eksotik sebelum ini yang kita ketahui,” katanya.
Mangsa lelaki berusia 30-an berasal dari Selangor maut selepas digigit pada kedua-dua tangan kanan dan kirinya.
“Mangsa meninggal dunia 23 jam selepas kejadian ketika antivenom (Antivipmyn-Africa) sedang diperoleh dari Zoo Singapura.
“Doktor dimaklumkan pemiliknya sedang sibuk menyelamatkan mangsa dan tidak tahu ke mana pergi ular terbabit.
“Insiden ini menyerlahkan bahaya memelihara haiwan berbisa eksotik tanpa dokumentasi dan pendaftaran yang betul dengan pihak berkuasa,” katanya kepada akhbar New Straits Times.
Dianggarkan kes seumpama ini menyebabkan lebih 40,000 kematian setiap tahun di Afrika dan tanpa pengurusan klinikal dan anti racun yang sesuai, kesannya amat teruk.
“Insiden tragis ini menjadi peringatan mengenai keperluan penting bagi sesiapa yang memelihara (secara sah atau tidak) spesies penting dari segi perubatan supaya mempunyai rancangan termasuk akses kepada anti racun yang sesuai dan mencukupi.
“Bagaimanapun adalah tidak wajar untuk mengharapkan mana-mana kemudahan perubatan di negara ini menyimpan stok anti racun haiwan eksotik atau mendapatkannya dari zoo.
“Menjadi tanggungjawab pihak yang membawa masuk spesies berbisa eksotik untuk membawa masuk anti racun yang sesuai dan mencukupi,” katanya.
Beliau berkata, akta perlindungan, pemeliharaan dan pengurusan hidupan liar untuk mengekalkan ekosistem yang sihat dan menjaga keselamatan serta kesihatan awam perlu diperkenalkan.
Pensyarah kanan Universiti Malaya, Dr Teo Eng Wah yang juga pengarang bersama buku mengenai ular di Malaysia berkata, ular itu boleh berada di mana-mana selepas dua hari kejadian berkenaan. HM
Maut dipatuk ular berbisa
Baca Artikel Menarik:
- Jangan beli durian melalui aplikasi D4 Durian
- Wanita berusia 121 tahun dipercayai tertua di dunia
- Alibaba rugi RM113 bilion akibat khabar angin penahanan Jack Ma
- Osama, Zaki Cuba Nak Satukan Keluarga Penyanyi Legenda Jamal Abdillah
- Gaduh di Restoren Nasi Kandar, polis mulakan siasatan
- PRU15: Tiada Ruang Untuk Bersatu, GPS Tanding Semua 31 Kerusi Parlimen – Abang Jo
- Ibarat bom jangka, saya boleh mati bila-bila masa – Azizulhasni
- Tambang ECRL mahal, Azan pakai formula siapa – Najib
- Pemandu e-hailing tinggal pelanggan di lebuh raya
- Pekerja bengkel langgar lari guna MPV pelanggan
- Kondom berisi air mani atas cermin kereta buat ramai jijik
- Puasa 6 Syawal Dan Hukum Gabung Puasa Ganti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…
Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]