Sambutan mesra Keluarga Malaysia terserlah pada rumah terbuka PM

Sambutan mesra Keluarga Malaysia terserlah pada rumah terbuka PM

Kehadiran rakyat pelbagai latar belakang ke rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri perdana menteri dan anggota jemaah menteri 2022 di Seri Perdana, hari ini, menggambarkan semangat Keluarga Malaysia yang dibawa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

“Sambutan amat baik sekali daripada pelbagai kaum untuk sama-sama meraikan Aidilfitri dan menampakkan suasana muhibah di Malaysia tidak kira Islam atau bukan, masing-masing datang beraya dan inilah semangat perpaduan nasional yang patut kita pegang,” kata Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong.

“Sememangnya saya melihat ia dapat menggambarkan semangat Keluarga Malaysia yang begitu baik. Penerimaan rakyat jelata terhadap konsep Keluarga Malaysia itu sangat baik,” kata Wee ketika ditemui pada majlis rumah terbuka itu.

Majlis dengan tema ‘Raya Keluarga Malaysia, Syawal Dirai, Nikmat Disyukuri’ itu yang berlangsung dari 9.30 pagi hingga 4 petang, merupakan rumah terbuka pertama dihoskan Ismail, selepas dilantik sebagai perdana menteri, pada 20 Ogos 2021, serta barisan Kabinet beliau.

Akibat pandemik Covid-19, rumah terbuka tahunan itu tidak dapat diadakan selama dua tahun. Kali terakhir ia diadakan adalah pada 5 Jun 2019 di Seri Perdana dan dihoskan perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad dan barisan Kabinet beliau.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed, berkata kehadiran pengunjung yang begitu menggalakkan ke majlis rumah terbuka itu memang sudah dijangka kerana sudah dua tahun ia tidak dapat diadakan.

“Cuaca pun baik, pelancong asing pun turut sama. Kita nampak perpaduan kekal utuh dengan adanya majlis sebegini,” katanya.

Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad, berkata terdapat pengunjung dan tetamu yang memaklumkan mereka sanggup menempuh perjalanan jauh dan lama semata-mata untuk meraikan hari raya bersama perdana menteri.

“Bila saya tanya (pengunjung), kebanyakannya (datang) dari luar Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Saya tanya jam berapa (datang), ada yang datang seawal 5 pagi, mereka solat dan kemudian masuk balik ke barisan untuk masuk ke sini (Laman Sari di Seri Perdana).

“Mereka nak meraikan hari raya setelah dua tahun tidak beraya dan ada juga yang nak ambil kesempatan berjumpa sendiri dengan perdana menteri,” katanya.

Sehingga 12 tengah hari, dianggarkan 30,000 tetamu dan pengunjung telah hadir ke majlis rumah terbuka itu. FMT

Sambutan mesra Keluarga Malaysia terserlah pada rumah terbuka PM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker