Warga emas tertekan pedal minyak, 6 cedera kereta rempuh restoran

Warga emas tertekan pedal minyak, 6 cedera kereta rempuh restoran

MELAKA: Enam pelanggan termasuk seorang kanak-kanak berusia setahun yang sedang menikmati hidangan di sebuah restoran tom yam di Jalan Hang Li Po, Bukit Baru di sini berdepan detik cemas apabila sebuah kereta merempuh masuk premis itu semalam.

Ketua Polis Melaka Tengah, Christopher Patit, berkata kejadian 7.15 malam itu berpunca apabila kereta jenis Perodua Kancil dipandu warga emas lelaki berusia 66 tahun, tertekan pedal minyak lalu merempuh masuk ke dalam restoran tersebut.

“Siasatan mendapati pemandu tersebut baru selesai makan di restoran itu dan hendak menghidupkan kenderaan yang diletakkan di ruang parkir di hadapan restoran berkenaan.

“Bagaimanapun pemandu tersebut tertekan pedal minyak dan menyebabkan keretanya terus merempuh masuk ke dalam restoran lalu melanggar tembok dinding dan beberapa meja makan batu di dalam restoran tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, insiden itu menyebabkan enam pelanggan berusia setahun hingga 56 tahun yang berasal dari Melaka, Johor dan Pulau Pinang mengalami kecederaan ringan dan dirawat di zon hijau Hospital Melaka manakala pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Ketika kejadian cuaca baik dan terdapat rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) serta saksi bebas yang tampil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen Rule 10LN 166/58,” katanya. FMT

Warga emas tertekan pedal minyak, 6 cedera kereta rempuh restoran


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker