Ezam sertai parti Berjasa

Ezam sertai parti Berjasa

Parti Berjasa mengalu-alukan penyertaan aktivis politik, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor dalam parti itu berkuatkuasa 1 Mei lalu.

Setiausaha Agungnya, Ir. Ts. Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad berkata, penyertaan aktivis itu ternyata menjadi bualan umum, walaupun ia tidak begitu mengejutkan bagi Berjasa.

“Berjasa ucapkan syabas dan tahniah kepada Mohamad Ezam yang telah mendaftar sebagai ahli parti ini pada 1 Mei lalu.

“Penyertaannya tidaklah mengejutkan kerana Berjasa sememangnya telah mencatatkan peningkatan keahlian yang memberangsangkan sejak setahun lalu,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Menurut Ir. Ts. Muhammad Lukman Al Hakim, Berjasa adalah sebuah parti kepimpinan baharu yang menampilkan gaya politik berteraskan integriti, hikmah dan mempertahankan watan (tanah air).

Oleh itu, katanya, parti itu sentiasa terbuka dan berbesar hati menerima mana-mana tokoh politik mahupun figura nasional yang bersetuju dengan agenda serta prinsip Berjasa.

Jelas beliau, Berjasa juga sentiasa terbuka membentuk permuafakatan politik baharu lebih segar sebagai solusi kepada kemelut kredibiliti dan konflik kestabilan politik yang melanda negara disebabkan ketamakan parti utama besar negara

“Semoga dengan penyertaan Mohamad Ezam akan dapat merancakkan lagi gerak kerja parti terutama menjelang PRU-15 akan datang,” katanya. MG

Ezam sertai parti Berjasa


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker