Suasana Aidifitri berubah panik, ramai kelam kabut buat persiapan

Suasana Aidifitri berubah panik, ramai kelam kabut buat persiapan

Kerisauan orang ramai sebelum ini mengenai tarikh sambutan Hari Raya Aidifitri sudah terjawab malah membuatkan keadaan berubah panik susulan pengumuman raya yang ditetapkan esok pada 2 Mei bersamaan hari Isnin.

Tinjauan di laman sosial mendapati rata-rata orang ramai yang belum bersedia sepenuhnya untuk menyambut perayaan Aidilfitri terpaksa membuat perubahan mengejut pada saat akhir.

Ini termasuklah persiapan mencari busana dan kelengkapan raya, hidangan dan jamuan yang belum dimasak serta menggubah perancangan untuk pulang ke kampung yang bakal menyaksikan pertambahan kenderaan di semua lebuh raya utama pada malam ini.

“Orang umum punya la mengharapkan raya. Sudah dua tahun tidak raya. Sekali mari awal habis semua orang kelam kabut,” kata Fazli.

“Sepanjang hidup tak pernah terjadi raya awal sehari ni. Esok makan nasi goreng sahaja lah. Rosak perancangan. Macam kena serangan panik terus rasa,” luah El Haura Fathia.

“Saya baju melayu pun tak dapat beli lagi. memang takda rezeki tahun ini. Malam ini mesti lebuh raya semua kena serbu, pening kepala,” ujar Hafidz.

“Esok raya dan kakitangan dah mesej nak buat apa? Rendang pun tak masak lagi ini. Semua tengah panik ni,” seloroh Maliza Jumaat.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan tarikh bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi negeri-negeri seluruh Malaysia tahun ini ditetapkan esok pada 2 Mei. K Online

Suasana Aidifitri berubah panik, ramai kelam kabut buat persiapan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker