Pemandu Alphard lagak samseng ada 56 rekod saman lampau

Pemandu Alphard lagak samseng ada 56 rekod saman lampau

Pemandu Toyota Alphard lagak samseng yang dikesan melakukan buli di jalan raya di Lebuhraya KL-Karak semalam didapati mempunyai 56 rekod saman lampau yang belum dijelaskan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Zainal Mohamed berkata, satu laporan polis telah dibuat dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.



“Pihak polis meminta pemilik rakaman dashcam tampil ke IPD Gombak untuk memberi keterangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zainal turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya tampil bagi membantu siasatan atau boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Mohamad Suhaimi Tukiman di talian 013-7557556 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.

Terdahulu tular video berdurasi 2.25 minit memaparkan sebuah MPV jenis Toyota Alphard warna putih dipandu secara berbahaya dengan memotong di lorong kecemasan dan melakukan provokasi kepada pengguna jalan raya yang lain dan tular di laman sosial Facebook.

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menerusi kenyataan memaklumkan kejadian berlaku pada 30 April lalu di Lebuhraya KL-Karak (arah timur) dan semakan pemilik kenderaan ini telah dikenal pasti.



Sementara itu, Zainal mengingatkan agar semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas dan merancang perjalanan agar tidak terjebak dengan kesesakan. FMT

Pemandu Alphard lagak samseng ada 56 rekod saman lampau


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula



Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker