Kereta kebal Russia digelar ‘keranda bergerak’

MOSCOW – Beberapa pakar ketenteraan mendakwa bahawa kecacatan pada reka bentuk kereta kebal Russia yang digunakan semasa Perang Teluk, menyebabkan tentera Kremlin terdedah kepada serangan musuh di Ukraine, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Kereta kebal Russia menyimpan sehingga 40 peluru meriam di dalam turetnya (bahagian atas), menyebabkan ia amat terdedah, tidak seperti kereta kebal Barat.

Bedilan tidak langsung ke atas kereta kebal Russia boleh menyebabkan semua peluru itu terbakar, meletup dan meleraikan bahagian turet daripada badan kereta kebal. Justeru, kereta kebal Russia  digelar sebagai ‘keranda bergerak’ oleh pakar tentera Barat.



Tentera Kiev menganggap kekurangan itu menjadi punca Kremlin kehilangan hampir 100 kereta kebalnya dalam perang di Ukraine.

Semasa pencerobohan oleh tentera Presiden Vladimir Putin, berpuluh-puluh kereta kebal Rusia telah terbakar. Rakaman menunjukkan bahagian atas kenderaan itu melambung tinggi di udara.

“Apa yang kita saksikan dengan kereta kebal Russia adalah kecacatan reka bentuk.

“Sebarang hentaman kuat akan menyebabkan letupan besar-besaran dan perisai pelindungnya (turet) melambung ke udara,’’ kata penasihat Program Pengajian Rusia di Pusat Keselamatan Amerika Baru, Sam Bendett.



Dalam Perang Teluk pada 1991 dan 2003, kecacatan itu mendapat perhatian Barat apabila kereta kebal T-72 yang dibina oleh Russia itu digunakan oleh Iraq.

Reka bentuk itu ada kelebihannya termasuk mempunyai ruang tambahan dan kedudukan tangki yang lebih rendah bagi memastikan ia lebih sukar untuk diserang.

Model kereta kebal seterusnya termasuk T-90 dan T-80 mempunyai kelemahan sama disebabkan oleh sistem pemuatan peluru meriam.

Tentera Barat telah belajar daripada kecacatan itu dan kereta kebal mereka kini menempatkan peluru yang dibahagikan di beberapa kompartmen berbeza. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula



Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker