Ibu, bayi 2 bulan maut dalam kemalangan

Ibu, bayi 2 bulan maut dalam kemalangan

Seorang wanita dan bayinya maut selepas kereta dinaiki dipercayai hilang kawalan dan terbabas di Persiaran Timur dari arah Kajang menghala Pinggiran Putra, Puchong, hari ini.

Dalam kejadian 2.45 petang, suri rumah Amalina Azman, 32, meninggal dunia di Hospital Putrajaya manakala bayinya, Dzul Qarnain berusia dua bulan meninggal dunia di tempat kejadian.

Suami wanita itu, Mohd Iqbal Kamaruddin, 34, dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah (IPD) Putrajaya Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, ketika kejadian, Mohd Iqbal yang memandu kereta Perodua Myvi dari Shaftbury Putrajaya, Presint 1, hilang kawalan lalu melanggar penghadang air (water barrier) di bahu kiri jalan dan terbabas.

Beliau berkata, ketika kejadian mereka sekeluarga dalam perjalanan ke rumah mertua di Kajang untuk mengambil barang.

Menurutnya, lokasi jalan raya tempat kemalangan itu berlaku mempunyai tiga lorong dan tiga hala manakala jalan dipisahkan dengan garisan putih dengan keadaan cuaca baik serta jalan cerah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Beliau juga berkata, jenazah masih berada di hospital untuk bedah siasat dan dijangka akan dikebumikan di Kajang esok. BH

Ibu, bayi 2 bulan maut dalam kemalangan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker