Lawatan ke Raudah di Masjid Nabawi digantung sehingga 2 Syawal
Lawatan ke Raudah di Masjid Nabawi digantung sehingga 2 Syawal
Lawatan dan kemasukan ke Raudah Sharif di Masjid Nabawi digantung selama enam hari bermula 28 April (27 Ramadan) hingga 3 Mei (2 Syawal).
Ini diumumkan oleh Agensi Hal Ehwal Masjid Nabawi di bawah Kepresidenan Umum untuk Hal Ehwal Dua Masjid Suci.
Agensi itu membuat keputusan berkenaan berikutan jangkaan besar pengunjung dan jemaah ke Masjid Nabawi untuk solat Tarawih dan Qiamullail pada hari-hari terakhir bulan Ramadan serta untuk solat sunat Aidilfitri.
Saudi Press Agency melaporkan, langkah itu adalah sebahagian daripada usaha untuk memastikan keselamatan, kemudahan dan keselesaan pengunjung dan jemaah.
Sementara itu, Saudi Gazette melaporkan, Kementerian Haji dan Umrah mengesahkan jemaah yang ingin menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah tidak perlu mendapatkan permit.
Kementerian itu menyatakan bahawa kunjungan ke Masjidil Haram tidak memerlukan permit, tetapi ia adalah satu kemestian untuk mendapatkan permit bagi menunaikan umrah melalui permohonan Eatmarna.
Arab Saudi juga akan mula melihat hilal Syawal pada petang Sabtu, 29 Ramadan 1443 Hijrah bersamaan 30 April 2022.
Solat sunat Aidilfitri untuk tahun ini pula akan diadakan di seluruh negara 15 minit selepas matahari terbit. HM
Lawatan ke Raudah di Masjid Nabawi digantung sehingga 2 Syawal
Baca Artikel Menarik:
- Tujuh beradik yatim piatu enggan pindah, rindu kubur ibu bapa
- Airmata Nagaenthran mengalir buat kali terakhir
- Tak Sangka Amerika Syarikat Antara 55 Negara ‘Gilakan’ Mi Segera, Agak Malaysia Ke Berapa?
- Sakan beraya jangan sampai gadai nyawa
- Restoran goreng samosa dalam tandas diarah tutup
- Parti Khianat! Amanah syukur PAS tidak sertai khemah besar
- LHDN kongsi 5 tip pastikan pengisytiharan cukai tepat
- Tiada kesalahan jenayah dalam audio bocor Wisma Putra – polis
- Tahanan dadah lolos, 6 polis direman
- Parti saya pun tak buat apa – Husam
- Anak Halim Othman Kekal Binti Abdullah
- Jangan Guna ‘Dummy Buckle’, Undang Maut Di Jalan Raya Dan Pakai Tali Pinggang Keledar-Miros
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nagaenthran Jalani Hukuman Gantung: Ini Apa Yang Perlu Diketahui
You must be logged in to post a comment.