Kami ada kuasa siasat hakim – SPRM
Kami ada kuasa siasat hakim – SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak kritikan berhubung siasatan terhadap hakim Mahkamah Rayuan, Nazlan Mohd Ghazali dengan berkata, pihaknya mempunyai kuasa untuk menyiasat mana-mana pegawai badan awam termasuk hakim.
Dalam kenyataan, SPRM berkata, pihaknya diberikan kuasa untuk menyiasat kes jenayah rasuah bawah Akta SPRM 2009.
Ia menjelaskan bahawa “pegawai badan awam” adalah mana-mana orang yang menjadi anggota, pegawai, pekerja atau pekhidmat sesuatu badan awam.
“(Ini) termasuklah anggota pentadbiran, ahli Parlimen, ahli Dewan Undangan Negeri, hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan dan mana-mana orang yang menerima apa-apa saraan daripada wang awam,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membidas tindakan SPRM menyiasat Nazlan yang dianggap sebagai cubaan memberi tekanan dan campur tangan politik ke atas badan kehakiman.
Beliau berkata, institusi kehakiman sendiri mempunyai badan yang menyelia dan mengawal integriti hakim.
Nazlan disiasat kerana didakwa memiliki wang sebanyak RM1 juta dalam akaunnya yang tidak dapat dijelaskan.
Hakim itu membuat laporan polis berhubung tuduhan berkenaan dengan berkata, ia adalah “palsu, tidak berasas dan berniat jahat” serta bertujuan menjatuhkan kredibilitinya sebagai hakim Mahkamah Rayuan.
Dalam pada itu, SPRM berkata, sebelum ini pihaknya mempunyai rekod menyiasat hakim dan kertas siasatan berkaitan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuat penilaian.
“Selaras prinsip pengasingan kuasa, setelah semua proses siasatan selesai dilakukan, kertas siasatan akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuat keputusan sama ada melakukan pendakwaan atau sebaliknya,” katanya.
Berhubung siasatan terhadap Nazlan, suruhanjaya itu menerima satu aduan pada 15 Mac lalu disusuli dua lagi pada 23 dan 27 April lalu.
“Siasatan ini masih berada di fasa awal dan melibatkan kepentingan awam.
“Harus dijelaskan bahawa apabila sesuatu siasatan dijalankan terhadap mana-mana individu, ia tidak bermakna individu tersebut telah melakukan kesalahan,” katanya.
SPRM meminta masyarakat umum memberi ruang agar proses siasatan dapat dijalankan mengikut lunas undang-undang ditetapkan. FMT
Kami ada kuasa siasat hakim – SPRM
Baca Artikel Menarik:
- Tujuh beradik yatim piatu enggan pindah, rindu kubur ibu bapa
- Airmata Nagaenthran mengalir buat kali terakhir
- Tak Sangka Amerika Syarikat Antara 55 Negara ‘Gilakan’ Mi Segera, Agak Malaysia Ke Berapa?
- Sakan beraya jangan sampai gadai nyawa
- Restoran goreng samosa dalam tandas diarah tutup
- Parti Khianat! Amanah syukur PAS tidak sertai khemah besar
- LHDN kongsi 5 tip pastikan pengisytiharan cukai tepat
- Tiada kesalahan jenayah dalam audio bocor Wisma Putra – polis
- Tahanan dadah lolos, 6 polis direman
- Parti saya pun tak buat apa – Husam
- Anak Halim Othman Kekal Binti Abdullah
- Jangan Guna ‘Dummy Buckle’, Undang Maut Di Jalan Raya Dan Pakai Tali Pinggang Keledar-Miros
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nagaenthran Jalani Hukuman Gantung: Ini Apa Yang Perlu Diketahui
You must be logged in to post a comment.