Andaian Nazlan Saja Mampu Atasi Bukti Kukuh Dan Saksi “Credible”



Oleh Nurul Aisyah

ISU para hakim dikawal oleh Mahathir semakin hangat diperkatakan ekoran pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra baru-baru ini. Sebagaimana yang kita tahu Hakim tidak kebal dari segi undang-undang.

Tambahan pula negara pernah digemparkan dengan pendedahan “Linggam Tapes” dan surat Syed Ahmad Aidid yang membuktikan bagaimana Mahathir “control” Ketua Hakim hinggalah hakim Mahkamah rendah.

Berbalik kepada 94 alasan kepada Rayuan yang dikemukakan oleh Datuk Seri Najib ke Mahkamah Persekutuan Malaysia, di sini kita akan fokus kepada alasan 1 hingga 3.

1. Mahkamah Rayuan telah terkhilaf dalam fakta dan/atau undang-undang dalam mengesahkan dapatan-dapatan Mahkamah Tinggi bahawa pihak Pendakwaan telah membuktikan satu kes prima facie terhadap perayu atas kesemua tujuh pertuduhan dan memanggil Perayu untuk membela diri.




2. Mahkamah Rayuan telah terkhilaf dalam fakta dan/atau undang-undang dalam mengesahkan dapatan-dapatan Mahkamah Tinggi dalam mensabitkan Perayu terhadap kesemua tujuh pertuduhan di akhir pembelaan.

3. Mahkamah Rayuan telah terkhilaf dalam fakta dan/atau undang-undang dalam mengesahkan dapatan-dapatan Mahkamah Tinggi terhadap hukuman yang dijatuhkan keatas kesemua tujuh pertuduhan.

Menurut Datuk Seri Najib, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila menyatakan pembelaan bahawa wang RM42 juta(SRC) tersebut merupakan sebahagian daripada ‘Derma Arab’ tidak disokong oleh sebarang bukti kukuh di mahkamah.

Mahkamah Rayuan terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila menolak pembelaan perayu (Najib) berkaitan dengan derma Arab tersebut. Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila menyatakan bahawa pembelaan derma Arab tersebut tidak mempunyai sebarang kredibiliti dan merupakan rekaan semata-mata.

Beliau akan mengemukakan kekhilafan-kekhilafan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi serta tindakan pihak pendakwaan yang telah menafikan hak Ahli Parlimen Pekan itu untuk mendapatkan perbicaraan yang adil.




Sebenarnya rakyat terpinga-pinga dengan keputusan hakim. Mereka hairan bagaimana setelah Datuk Seri Najib mengemukakan bukti-bukti kukuh namun beliau masih disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Akhirnya rakyat mendapat jawapan apabila Raja Petra mendedahkan perkara sebenar beserta bukti bagaimana kredibiliti dan integriti Hakim dipersoalkan.

Raja Petra mendedahkan bukti dikatakan wang tunai RM1,036,127.40 yang Nazlan masukkan ke dalam akaun Maybanknya adalah sebahagian daripada RM2 juta yang diterima daripada Jho Low untuk “perkhidmatan yang diberikan”. Apakah perkhidmatan ini dan memandangkan Jho Low dikaitkan dengan 1MDB adakah ini tidak menimbulkan konflik kepentingan yang serius?

Memetik artikel Malaysia Today, nampaknya kontroversi yang menyelubungi hakim dalam kes SRC International Najib Tun Razak, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, bukan hanya mengenai konflik kepentingannya yang tidak diisytiharkan. Kini terdapat siasatan berhubung wang RM1,036,127.40 yang tidak dapat dijelaskan yang sangat mencurigakan muncul dalam akaun Maybank Nazlan bernombor xxxxxxx0433.

Wang ini dikatakan masuk ke dalam akaun Nazlan semasa beliau menjadi “group general counsel” dan setiausaha syarikat Maybank. Dan disyaki ia terikat dengan keputusan yang dibuat Maybank untuk mewujudkan SRC International.




Menurut Raja Petra lagi, Minit mesyuarat 1MDB mendedahkan bahawa cadangan untuk membentuk SRC datang daripada Maybank dan bukan daripada Najib, sedangkan menurut hakim Nazlan dalam penghakiman bertulisnya bahawa mengapa beliau mendapati Najib bersalah kononnya Najib yang mahu akaun SRC dibuka.

Dalam penghakimannya, Nazlan berkata Najib mencipta SRC sebagai cara untuk mencuri wang 1MDB. Kini terbongkar bahawa cadangan penubuhan SRC datang dari Maybank dan bukannya dari Najib. Dan ini direkodkan dalam minit mesyuarat 1MDB.

Tarikh yuran “perkhidmatan yang diberikan” menjadikannya mustahil untuk Nazlan menafikan sebarang konflik kepentingan. Tarikh itu bertepatan dengan tarikh pinjaman RM6.17 bilion 1MDB dan keputusan yang dibuat 1MDB mengenai pengambilalihan Tanjung Energy Holdings Sdn Bhd.

Malah menurut Raja Petra, Hakim Nazlan adalah sebahagian besar daripada gerakan merompak wang 1MDB yang melibatkan Jho Low, Jasmine Loo, Terence Geh dan Tim Leissner. Mereka semua terlibat dalam rompakan wang 1MDB. Dan Nazlan adalah sebahagian daripada kumpulan pencuri ini.



Leave a Reply

Your email address will not be published.