Pakej rawatan muka RM20,000 laris menjelang Syawal
Pakej rawatan muka RM20,000 laris menjelang Syawal
Selepas dua tahun melalui fasa getir era pandemik Covid-19 yang mengekang banyak benda tentunya Syawal yang bakal diraikan tidak lama lagi pasti memberi pengertian berbeza.
Bagi pusat kecantikan rawatan wajah terkenal, Naarabelle Facespa, mereka sendiri mahu meraikan momen indah bersama pelanggan tersayang sejak negara memasuki fasa peralihan endemik sejak 1 April lalu.
Pastinya, jenama milik syarikat Naara Facespa Sdn. Bhd. yang beribu pejabat di Marang, Terengganu dengan lebih 20 cawangan di seluruh negeri itu mahu menawarkan rawatan terbaik supaya lebih sempurna penampilan diri di musim raya.
Menurut Ketua Operasinya, Noor Fatina Abdul Aziz, sejak negara diberi kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) dengan kekal pematuhan norma baharu, mereka menawarkan pakej rawatan istimewa sebagai penghargaan kepada pelanggan.
“Sejak pertengahan Ramadan lalu hingga musim raya nanti, kami mahu menjadi antara sebab keterujaan dan keriangan orang ramai beraya kelak dengan tampil segar serta mempesona menerusi rawatan istimewa dengan harga runtuh.
“Maklumlah selepas dua tahun, kita beraya cara yang terbatas. Pastinya ruang mengeratkan silaturahim ini jadi lebih bermakna dengan melaram baju raya serba menarik dan kulit wajah bersinar.
“Pakej rawatan premium Diamond bernilai RM20,000 sendiri lebih dulu ‘sold out’ untuk 100 pelanggan terawal sejak dipromosikan dalam tempoh 48 jam dari 14 hingga 15 April. Tapi jangan risau, rawatan muka Hydra berharga RM55 dan Gold Glam Raya (RM59) masih terbuka,” katanya.
Kata Noor Fatina, pihaknya menyasarkan untuk merawat 100,000 wajah pada tahun ini.
“Kami yakin ketika kita bergerak ke fasa endemik, semua perkara yang sudah lama tidak boleh dilakukan ingin dipenuhi kembali termasuklah soal penjagaan muka. Tapi promosi kami tawarkan ini slotnya terhad di setiap cawangan. Kena cepat tetapkan temujanji di https://bit.ly/3v5xXF0 atau 0169214994.
“Dengan norma baharu memakai pelitup muka, tak salah untuk manjakan wajah menikmati rawatan terbaik kami tawarkan. Kepakaran kami sendiri menyelesaikan masalah berkaitan wajah seperti jeragat, jerawat, kulit kusam, liang pori terbuka, parut dan lain-lain.
“Sejak melebarkan empayar pada 2016, rawatan paling laris dan menjadi pilihan termasuklah rawatan detoks wajah, ‘clarity acne’, sulam Korea, ‘blackdoll’ dan ‘nanoceutical’. Harga rawatan juga antara RM55 hingga RM550,” katanya.
Tambahnya lagi, mereka yang berminat perlu membuat tempahan dan temujanji sebelum datang.
“Kami juga tawarkan khidmat pengimbasan wajah sebelum rawatan dilakukan dengan hanya RM20 jika mengambil sekali pakej ditawarkan. Sasaran pelanggan kami terbuka untuk lelaki dan wanita yang mempunyai masalah kulit.
“Tahun ini kami juga sasarkan untuk membuka 10 lagi cawangan di lokasi seperti Sungai Buloh, Rawang, Kepong, Nilai, Sungai Petani, Skudai, Georgetown, Seberang Jaya, Jasin dan Tebrau,” katanya.
Untuk info, rawatan Gold Glam Raya untuk menjaga dan menyeri wajah dengan kolagen 24 K Gold Serum selain ‘mask’. Manakala, rawatan Hydra membabitkan pakej membersihkan muka di bawah lapisan kulit. MG
Pakej rawatan muka RM20,000 laris menjelang Syawal
Baca Artikel Menarik:
- Ku Li jumpa Amanah Kelantan, ada kerjasama PRU15?
- ‘Welcome back’ PH 2.0, kata Najib
- Saiful Bukhari keluar Bersatu
- Kad debit Maybank tak boleh digunakan sementara
- Pemandu teksi rakam aksi perkosa gadis Myanmar
- Saya bukan nak tunggang agama – Boy Iman
- Pas Leaks tak lari jauh dari realiti – Shahril
- Rafizi ingatkan Saifuddin usah buat kenyataan memalukan
- Sokong Anwar jadi PM jika mahu bersama PH – Farhash
- ASP wanita dikecam buat ‘live’ TikTok masa serbuan
- Guan Eng bidas SPRM siasat Nazlan, tapi bukan Azam
- Achey menangis tepi jalan saat ibu meninggal dunia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Larikan diri sejak 2015, buat pembedahan plastik demi elak dicekup polis
You must be logged in to post a comment.