Selepas isu dokumen bocor, hubungan PAS-Umno tak boleh dibaiki lagi – penganalisis

Selepas isu dokumen bocor, hubungan PAS-Umno tak boleh dibaiki lagi – penganalisis

Dakwaan berhubung rancangan untuk menjatuhkan pemimpin Umno telah merosakkan hubungan antara parti itu dan PAS serta “tidak dapat dibaiki”, menurut seorang saintis politik Ahmad Fauzi Abdul Hamid.

Fauzi yang juga profesor di Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, dakwaan itu menyerlahkan lagi rasa ketidakpercayaan yang mendalam di antara Umno dan PAS serta Bersatu.



Ketika Umno dan Bersatu tidak menyukai antara satu sama lain, hubungan dengan PAS juga tegang sejak Umno menarik sokongan terhadap kerajaan Muhyiddin Yassin pada Ogos 2021.

PAS dan parti pimpinan Muhyiddin, Bersatu adalah sekutu dalam gabungan Perikatan Nasional (PN), manakala PAS dan Umno adalah sekutu nominal dalam Muafakat Nasional (MN).

Bagaimanapun, calon Umno dan PAS bertembung dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor baru-baru ini, satu petanda jelas bahawa PAS mengutamakan PN di hadapan berbanding MN.

Fauzi berkata pengguguran bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khairuddin Aman Razali mempunyai banyak kaitan dengan pendiriannya yang pro kepada MN biarpun Presiden PAS Abdul Hadi Awang secara jelas memberi keutamaan kepada PN.



“Jadi, ia tidaklah menghairankan jika memang wujud komplot PAS-Bersatu untuk mengetepikan Umno dan merampas semula jawatan perdana menteri sebelum pilihan raya umum (pru) akan datang,” katanya.

“Perancang komplot itu, jika mereka wujud, akan melihat langkah itu sebagai usaha menyelamatkan PN daripada kemungkinan dimalukan dan bahkan dilupakan menjelang PRU15.”

Dakwaan komplot itu timbul daripada kebocoran dokumen yang dikatakan minit mesyuarat melibatkan pemimpin PAS dan beberapa tokoh terkenal daripada Bersatu serta Umno.

Antara minit mesyuarat itu ialah rancangan untuk mempercepatkan hukuman terhadap pemimpin tertinggi Umno yang sama ada dalam perbicaraan atau telah disabitkan dengan tuduhan seperti pecah amanah jenayah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.



Sejak itu, beberapa pemimpin PAS telah menafikan dakwaan rancangan itu sambil berkata dokumen terbabit adalah cubaan merosakkan hubungan mereka dengan Umno.

Bagaimanapun, Felo Majlis Profesor Negara (MPN) Jeniri Amir berkata beliau percaya hubungan Umno dan PAS tidak dapat diperbaiki lagi dan kerjasama PRU15 adalah “di luar persoalan” pada masa ini.

“Yang pastinya, kebocoran dokumen itu memburukkan lagi keadaan,” katanya. FMT

Selepas isu dokumen bocor, hubungan PAS-Umno tak boleh dibaiki lagi – penganalisis




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun



Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker