“Tak Salah Pun…” Zul Ariffin Hadiah Kereta Mewah Kepada Gayatri Sebagai Tanda Sayang

“Tak Salah Pun…” Zul Ariffin Hadiah Kereta Mewah Kepada Gayatri Sebagai Tanda Sayang

“PEMBERIAN hadiah itu salah satu tanda sayang sahaja,” kata aktor Zul Ariffin selepas diminta mengulas mengenai kereta jenis Range Rover yang dihadiahkan kepada penerbit Gayatri Su-Lin baru-baru ini.

Zul juga dalam masa yang sama tidak menafikan Gayatri adalah insan istimewa bagi dirinya dan sudah menganggapnya sebagai keluarga.

“Saya sudah anggap dia macam keluarga sendiri. Gayatri memang istimewa bagi saya. Kami sudah lebih 10 tahun mengenali antara satu sama lain,” katanya lagi.

Zul ditemui pada majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2022 di Nexus, Bangsar South, semalam.

Mengulas mengenai hadiah berkenaan, Zul memberitahu dia sudah lama merancang untuk memberikan hadiah kesukaan penerbit itu.

“Saya dah tahu dia suka kereta itu. Tidak ada sempena apa pun. Saya memang nak beri hadiah kepadanya.

“Saya rasa kereta itu sesuai dengannya.Tak salah pun sesekali beri hadiah istimewa. Bukan selalu pun.

“Saya tunggu hadiah apa untuk saya pula. Sedangkan hadiah untuk diri sendiri pun masih tertangguh,” katanya berseloroh.

Baru-baru ini, menerusi satu hantaran di laman sosial miliknya, Gaya berkongsi saat manis apabila menerima hadiah istimewa itu daripada pelakon filem Sangkar terbabit.

Perkara tersebut menimbulkan spekulasi dalam kalangan netizen yang menganggap hubungan cinta antara mereka kembali
bertaut.

Bagaimanapun, Zul ketika ditanya tentang itu memberitahu dia tidak ambil peduli dengan apa yang diperkatakan.

“Biarlah apa orang nak kata sekalipun. Apa yang penting dia gembira terima hadiah tersebut,” komennya ringkas.

Untuk rekod, Zul dan Gayatri pernah menjalinkan hubungan cinta pada tahun 2012, namun hubungan tersebut dilaporkan putus selepas dia bercinta dengan aktres Zahirah MacWilson.

Sementara itu, Zul turut diminta mengulas apabila dia menjadi bahan kritikan rakan-rakan dalam industri susulan kes video panas yang melibatkan dirinya yang tular sebulan lalu.

Kata Zul, dia secara peribadi tidak akan memberi sebarang komen terhadap mana-mana rakan industri jika perkara sama terjadi kepada orang lain.

“Kritikan atau pujian tidak ada kena mengena dengan saya dan saya tidak ambil peduli. Saya hanya mahu bekerja dalam industri.

“Secara peribadi saya tidak akan memberi komen jika ia terjadi kepada orang lain. Simpan sahaja untuk diri sendiri,” jelasnya.

Sementara itu, mengenai perkembangan lain Zul memberitahu dia bakal berangkat ke Udine, Itali pada 26 April ini untuk menghadiri Udine Far East Film Festival 2022.

“Filem saya bersama Khabir Bhatia bertajuk Talbis Iblis akan bertanding di sana. Balik ke Malaysia pun dah hampir nak raya. Silap-silap saya mungkin beraya di sana (Itali),” ceritanya.-MS

“Tak Salah Pun…” Zul Ariffin Hadiah Kereta Mewah Kepada Gayatri Sebagai Tanda Sayang

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker