Kanak-kanak tiga tahun maut didera ibu kandung, bapa tiri

Gambar hiasan

BANDAR BAHARU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut dipercayai akibat didera ibu kandung dan bapa tirinya dalam kejadian di rumah mereka di Jitra dekat sini semalam.

Kanak-kanak terbabit dibawa ke Hospital Jitra dekat sini kira-kira pukul 7.30 malam dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ibu dan bapa tiri mangsa mendakwa mangsa tidak sedarkan diri kerana sakit.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad memberitahu, pihaknya menerima maklumat tentang kematian kanak-kanak terbabit pada pukul 7.30 malam semalam daripada pihak hospital.

“Hasil pemeriksaan pada badan mangsa menemui kesan luka dan lebam dipercayai akibat didera

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat usus pecah akibat hentakan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, maklumat mendapati kanak-kanak terbabit telah meninggal dunia kira-kira dua jam sebelum dibawa ke hospital.

Menurutnya, mangsa yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik mempunyai penyakit asma dan sakit kulit

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker