Profesor wanita Melayu pertama meninggal dunia

Fatimah Hamid Don meninggal dunia pada usia 89 tahun awal pagi ini selepas setahun mengalami strok.

Profesor wanita Melayu pertama meninggal dunia

Profesor wanita Melayu pertama, Fatimah Hamid Don meninggal dunia pada usia 89 tahun awal pagi ini.

Anak Allahyarham, Fawziah Ishak berkata ibunya menghembuskan nafas terakhir pada 2.35 pagi ketika dalam fasa pemulihan selepas mengalami strok sejak setahun lepas, di Hospital KPJ Tawakkal.



“Kami terkejut kerana masa raya pertama ibu saya beritahu beliau dapat jalan enam langkah dan sangat positif untuk pulih daripada strok. Beliau merupakan role model saya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata jenazah Allahyarham disembahyangkan di masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14, Petaling Jaya dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Medan, Petaling Jaya selepas solat zohor.

Allahyarham meninggalkan dua anak perempuan dan dua cucu perempuan.

Pada masa sama, cucunya Dima Marlina Mohd Rafi menerusi hantaran di Facebooknya berkata pemergian Allahyarham bukan sahaja sebagai seorang ibu dan nenek, tetapi juga sebagai tokoh pendidikan negara dan pemerkasaan wanita.



Antara pencapaian Allahyarham ialah menjadi wanita Melayu pertama memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan di Universiti California, Amerika Syarikat dan dianugerahkan Pingat Fatimah sempena Hari Wanita pada 1988.

Allahyarham juga telah berkhidmat dalam bidang pendidikan sejak 1956 dan menjawat pelbagai jawatan tinggi termasuk sebagai pegawai pelajaran, guru serta pensyarah maktab.

Fatimah bersara sebagai profesor pada 1990 setelah berkhidmat 26 tahun di Universiti Malaya. FMT

Profesor wanita Melayu pertama meninggal dunia



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau Shuib buat perangai, Watie sedia hadapi dugaan



Mira dedah cerita cinta dengan View Chin

Ameera Khan jadi pengantin tahun depan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker