Kelab Jepun, Kawasaki Frontale gagal tumbangkan JDT

Bergson Da Silva dikawal pemain pertahanan Kawasaki Frontale, Joao Schmidt pada perlawanan ACL di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya menyaingi kehebatan pasukan Jepun, Kawasaki Frontale untuk berkongsi mata pada aksi Liga Juara-juara Asia (ACL) yang berlangsung berkesudahan seri tanpa jaringan di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam ini.

Keputusan itu menyaksikan kedudukan dalam Kumpulan I tidak berubah setelah skuad Harimau Selatan kekal di posisi pertama dengan tujuh mata manakala Kawasaki Frontale di kedudukan kedua dengan lima mata.

Kawasaki Frontale selaku salah satu kelab gergasi Asia dilihat tenang menguasai permainan dengan mencari ruang bagi merobek benteng pasukan tuan rumah bagi mendapat gol awal.

Skuad bimbingan Toru Oniki hampir memecahkan kebuntuan pada minit kesembilan menerusi rembatan Leandro Damiao namun percubaan penyerang kelahiran Brazil itu dinafikan penjaga gol Farizal Marlias.

Juara Liga 1 Jepun (J1 League) musim lalu itu sekali lagi mendatangkan resah buat kem Harimau Selatan menerusi rembatan deras Daiya Tono yang mendapat umpanan Marco Barbosa, malangnya rembatannya sekadar melewati palang gol pada minit ke-26.

Barbosa yang lincah melakukan larian di sayap kiri melepasi kawalan pemain pertahanan bagaimanapun tidak berjaya mencari jalan bagi mengumpan bola kepada Leandro untuk membuka jaringan. – KOSMO!

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker