Cium pasangan empat minit baik untuk gigi



Cium pasangan empat minit baik untuk gigi

Seorang doktor gigi di Britain menyatakan bahawa perbuatan mencium pasangan sama ada suami atau isteri selama empat minit, dapat memberi kebaikan kepada gigi sama seperti memberusnya, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Ciuman meningkatkan pengeluaran air liur, menghapuskan bakteria jahat dan meneutralkan asid punca gigi reput.

Pakar Ortodontik berkenaan, Dr. Khaled Kasem berkata, orang ramai perlu mencium pasangan mereka selama empat minit sehari selain memberus gigi dan melakukan aktiviti flos gigi.

“Faedah utama ciuman ialah ia menghasilkan lebih banyak air liur di dalam mulut anda.




“Air liur meneutralkan asid yang terdapat pada gigi dan membantu mengurangkan risiko anda mendapat kerosakan gigi. Ia juga menghapuskan bakteria dan mengurangkan plak gigi yang degil,” kata Khaled.

Faedah kesihatan lain yang diperoleh daripada aktiviti tersebut, katanya, termasuk melegakan tekanan dan penampilan yang lebih muda hasil gerakan otot muka.

Namun aktiviti itu hanya digalakkan jika kedua-dua suami dan isteri memiliki rekod pergigian yang baik.

“Satu-satunya kesan negatif ciuman adalah apabila orang itu sakit, mengalami kudis atau mempunyai kebersihan mulut yang tidak baik,” jelas Khaled. K Online

Cium pasangan empat minit baik untuk gigi





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir



Leave a Reply

Your email address will not be published.