Ismail berbuka bersama pemimpin UMNO

Ismail berbuka bersama pemimpin UMNO

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini berbuka puasa bersama ketua, timbalan dan setiausaha UMNO bahagian di kediaman rasminya di Seri Perdana, di sini.

Majlis yang dihadiri kira-kira 1,500 tetamu itu, turut disertai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri antaranya Datuk Seri Wan Rosdy (Pahang), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Kelantan) dan Tan Sri Noh Omar (Selangor).

Antara Ketua UMNO yang hadir pula ialah Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Padang Rengas), Datuk Seri Najib Razak (Pekan) dan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling).

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran 35 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Asnaf Baitun Nurrawdhah di Keramat, Kuala Lumpur.

Ismail Sabri kemudiannya menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah. BH

Ismail berbuka bersama pemimpin UMNO


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker