Rwanda penjarakan ahli perniagaan China selepas sebat pekerja (Video)

Rwanda penjarakan ahli perniagaan China selepas sebat pekerja (Video)

SEORANG ahli perniagaan warga China dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Rwanda semalam selepas memukul pekerjanya dalam satu kejadian Ogos tahun lepas.

Memetik laporan ABCNews, video Sun Shujun memukul pekerja lelaki tersebut tular di negara itu yang kemudiannya dia telah ditahan polis.



Mangsa yang dipukul Shujun merupakan bekas pekerja di sebuah lombong yang dikendalikan ahli perniagaan itu di daerah Rutsiro.

Perbuatan itu dilakukan selepas mangsa dituduh mencuri, sebelum diikat pada satu tiang dan disebat beberapa kali.

Turut dijatuhi hukuman seorang lelaki Rwanda, Renzaho Alexis, kerana bersubahat dengan Shujun ketika kejadian itu berlaku.

Sementara itu, Kedutaan China di Rwanda dalam satu kenyataan menggesa supaya warganegaranya yang tinggal di negara itu mematuhi undang-undang tempatan.



Dalam pada itu, jurucakap mahkamah Rwanda, Harrison Mutabazi berkata tertuduh mempunyai hak untuk merayu. Utv

Rwanda penjarakan ahli perniagaan China selepas sebat pekerja (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan



Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker