PM bakal rasmikan Hawana 2022 di Melaka

PM bakal rasmikan Hawana 2022 di Melaka

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengadakan pertemuan bersama wakil-wakil media bagi membincangkan berkenaan penganjuran Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022.

Program tersebut dijadual diadakan di Melaka pada 29 Mei ini dan Perdana Menteri bersetuju untuk merasmikan perhimpunan terbesar wartawan Malaysia menerusi sambutan Hawana itu, yang sebelum ini pertama kali diadakan pada 2018.



“Wakil media diketuai Presiden Ikatan Setia Kawan Wartawan Malaysia dan Indonesia (ISWAMI), Datuk Mokhtar Hussain, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Roslan Ariffin, Penasihat ISWAMI Datuk Zakaria Abdul Wahab, Ketua Pengarang UtusanTV, Datuk Zulkefli Hamzah dan Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail.

“Sambutan Hawana adalah bagi menghargai golongan wartawan di Malaysia, yang disambut pada setiap 29 Mei, bersempena penerbitan pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939,” kata kenyataan yang dikeluarkan ISWAMI selepas pertemuan tersebut.

ISWAMI dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) akan menjadi penggerak utama pelaksanaan program itu, yang turut melibatkan agensi, pertubuhan dan pengamal media yang lain.

Bersempena Hawana 2022, ISWAMI Malaysia juga akan mengundang 17 pemimpin utama media dari Indonesia termasuk Iswami Indonesia, untuk turut hadir pada program berkenaan.



ISWAMI juga merancang untuk mengundang 20 editor muda dari pelbagai agensi media di Indonesia pada program lawatan muhibah pada Jun 2022, dalam usaha mengukuhkan lagi kerjasama strategik media Malaysia dan Indonesia, selain mengukuhkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara. Utv

PM bakal rasmikan Hawana 2022 di Melaka


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan



Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker