Jodoh tak panjang

Jodoh tak panjang

Nilai: Jodoh pasangan bertunang tidak panjang apabila seorang daripada mereka maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar penghadang jalan di Kilometer 16.9, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), dekat Kampung Batang Benar, Mantin, di sini, petang tadi.

Kejadian kira-kira 2.30 petang itu menyebabkan mangsa, Muhamad Sofian Sahar, 25, tersepit di tempat duduk pemandu dan parah pada bahagian kepala sebelum disahkan maut di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).



Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan Superintendan Shafiei Muhammad berkata, kemalangan turut menyebabkan tunang kepada lelaki berkenaan parah pada bahagian kepala.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku membabitkan sebuah kereta Proton Persona yang dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun bersama tunangnya yang juga berusia 25 tahun.

“Kemalangan berlaku ketika pekerja kilang itu dalam perjalanan dari arah Seremban menuju ke Nilai.

“Apabila sampai di lokasi kejadian iaitu berhampiran susur masuk ke Nilai, pemandu Proton Persona dipercayai hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang jalan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.



Shafiei berkata, mangsa lelaki tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia sebelum mayatnya dikeluarkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mantin dengan bantuan BBP Seremban.

“Akibat kemalangan itu, pemandu kereta disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang turut berada di lokasi manakala penumpangnya parah pada bahagian kepala.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk dibedah siasat. Mangsa wanita turut dihantar ke hospital sama untuk dirawat.

“Kemalangan ini masih disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. HM



Jodoh tak panjang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura



Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker