Calon SPM ucap terima kasih KPM, soalan Matematik mudah

Calon SPM ucap terima kasih KPM, soalan Matematik mudah

Ribuan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 hari ini memuat naik ciapan berterima kasih kepada pihak Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan (KPM) kerana menyediakan soalan mudah bagi kertas Matematik.

Difahamkan, seramai 85,700 calon SPM 2021 bagi sesi kedua telah menduduki peperiksaan Matematik Kertas 1 dan 2 pagi tadi.

Tinjauan di Twitter mendapati, rata-rata calon meluahkan rasa syukur kerana mampu menjawab soalan kertas Matematik kerana dianggap mudah dari kebiasaannya.

“Saya sayang KPM, terima kasih untuk kertas Matematik 2,” ciap Aisyah.

“Untuk kali pertama saya sayangkan KPM, kertas peperiksaan Matematik hari ini tidak terlalu sukar,” luah Shay.

“Jawab soalan Matematik tadi beri ketenangan, jauh lebih mudah berbanding kerta Sejarah, Alhamdulillah boleh jawab semuanya,” kongsi @httpwir.

Namun, terdapat juga calon yang mengakui tidak sempat menjawab kesemua soalan yang diberikan kerana kesuntukan masa walaupun ia mudah difahami.

“Saya setuju soalan kerta Matematik SPM hari ini mudah, senang faham, tapi saya yang tak bijak, tak sempat jawab semua, masa tamat,” luah Loqman.

Sehubungan itu, tanda pagar SPM2021 menjadi sohor kini bagi tempoh beberapa jam selepas tamat waktu peperiksaanya bagi kertas Matematik pada pukul 12.45 tengah hari tadi. K Online

Calon SPM ucap terima kasih KPM, soalan Matematik mudah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker