Kuasa hakim tentu siapa salah, menteri beritahu mufti

Kuasa hakim tentu siapa salah, menteri beritahu mufti

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberi peringatan, seseorang itu “tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah” sebagai respons kepada kenyataan mufti Perlis, “berdosa” bagi peguam membela mereka yang diketahui melakukan jenayah.

Wan Junaidi berkata, peguam tidak mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak.



“Hanya hakim mempunyai kuasa mengenai perkara itu,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis hari ini.

Semalam, Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin menjawab pertanyaan beberapa peguam mengenai kerjaya mereka, kadangkala membela atau mempertahankan kes yang mereka tahu berada di pihak salah atau zalim.

Mufti itu berkata, Islam melarang mereka melindungi pesalah atau pendosa, sambil menambah adalah berdosa dan haram bagi mereka menerima bayaran perkhidmatan daripada pesalah.

Beliau menegaskan dosa wang diambil daripada pihak yang salah itu lebih buruk daripada hasil pelacuran.



Asri menggesa peguam menilai kes mereka sebelum menerimanya.

Wan Junaidi menolak kenyataan Asri dan berkata, jika menerima bayaran dan yuran guaman adalah berdosa, maka tidak ada orang Islam yang mahu menjadi peguam.

Akta 347 dibentang Julai

Dalam perkembangan lain, Wan Junaidi berkata, kementerian mencadangan pindaan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 atau Akta 347, dibentangkan di Dewan Rakyat pada Julai.



Pindaan dicadangkan itu adalah sebahagian daripada agenda reformasi yang bertujuan memperkukuh kuasa Parlimen sebagai badan perundangan tertinggi di negara ini. FMT

Kuasa hakim tentu siapa salah, menteri beritahu mufti


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan



Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker