Kesedihan berpisah Nikki Palikat pada GV10

Kesedihan berpisah Nikki Palikat pada GV10

“Selalu setiap kali persembahan, anak saya akan teman. Tetapi kali ini dia tinggal bersama ayahnya, jadi sukar untuk dia teman saya seperti sebelum ini.”

Demikian luahan penyanyi, Nikki Palikat yang terpaksa ‘berpisah’ sementara dengan anak lelakinya, Liam Audi yang kini menetap bersama bekas suami, Audi Mok.

Kongsi penyanyi Panas itu, Liam sentiasa ada memberi sokongan setiap kali dia membuat persembahan tetapi lantaran kerja pengubahsuaian rumah yang sedang dijalankan, Liam kini menetap bersama ayahnya.

“Saya tengah menyusun semula emosi sebab sebelum ini memang sudah terbiasa Liam teman. Sedih sangat sebab dia adalah kekuatan saya.

“Jangan salah faham. Bukan tak boleh berjumpa, tetapi rasa itu berbeza sebab dia tiada di sisi bila membuat persembahan. Itu satu cabaran untuk saya sendiri.

“Lagu Bertakhta Di Hati (nyanyian asal Faradhiya) yang dinyanyikan malam tadi saya dedikasikan untuk Liam. Saya menyanyi sebagai seorang ibu,” kongsinya kepada Utusan Malaysia.

Nikki meraih peluang kedua untuk kembali merebut kejuaraan Gegar Vaganza All Stars menerusi hotseats yang turut menyenarai lima peserta lain iaitu Liza Hanim, Tomok, Suki, Zamani dan Ezad Lazim.

Dalam pada itu, ditanya apakah strategi untuk menebus ‘kekecewaan’ di pentas GV8 sebelum ini, Nikki berkata, dia perlu mencari jalan untuk mengawal gemuruh dan tidak terkesan dengan kritikan warganet.

“Saya ini cepat sejuk jadi perlu sentiasa memastikan keadaan suhu badan suam-suam. Saya juga cepat gemuruh. Walaupun nampak yakin di atas pentas tetapi dalam hati, memang gementar sangat.

“Kalau diberi peluang, banyak yang saya mahu tebus semula di pentas GV All Stars. Ada beberapa lagu yang saya teringin sangat mahu persembahkan. Kita tunggu dan lihat nanti,”kongsinya. Utusan

Kesedihan berpisah Nikki Palikat pada GV10

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hot Seats Gegar Vaganza GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit

Musa Hassan kini suami Qistina

Kehadiran Andi hangatkan lagi hubungan dengan Puteri Sarah

Ramai nak ‘try’ Puteri Sarah – Yusof Haslam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker