[VIDEO] Maria Ozawa Dedah Dan Kongsi Pengalaman Sisi Gelap Jadi Bintang Porno ‘Kerana Duit, Anda Jual Diri..’ – Pernah Dibuang Keluarga,

Sebaran :

Bekas bintang filem porno terkenal Jepun, Maria Ozawa, menjelaskan dia tidak pernah menyesal menceburi bidang pornografi sebagai kerjayanya. Wanita berketurunan campuran Jepun, Perancis dan Kanada ini menyatakan pilihan dilakukan itu banyak mengubah hidupnya.

‘Tak menyesal menjadi Maria Ozawa’

 

Terbaru, Maria Ozawa ada berkongsi pengalamannya sebelum dan selepas menceburi bidang tersebut pada usia yang sangat muda.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Maria Ozawa di Youtube, dia menceritakan pengalamannya sejak menceburkan diri dalam industri Adult Video (AV) atau lebih dikenali dengan industri pornografi ketika berusia 18 tahun. Dia mengakui telah menyembunyikan perkara tersebut daripada rakan-rakan dah ahli keluarganya.

Tetapi bila anda sudah terkenal ataupun tidak terkenal, video tersebut masih kekal di Internet selama-lamanya. Dan hanya kerana duit, anda jual diri anda.

Jelasnya lagi, bukan sahaja video tetapi semua perkara mengenai diri seseorang itu akan tersebar luas di Internet sehingga memberi kesan kepada ahli keluarga, rakan-rakan, pasangan kekasih dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung akan memberikan masalah yang besar buat bintang porno itu sendiri.



Saya tidak menyesal dengan jalan yang pernah saya pilih dan tidak menyesal menjadi Maria Ozawa yang terkenal dan pergi ke merata negara tetapi satu-satunya yang saya kesalkan adalah mengenai hubungan dengan orang sekeliling.

Dihalau keluarga, disisih rakan

Hal ini kerana kebanyakan orang yang datang dalam hidupnya adalah kerana duit, mahu terkenal dan sebagainya. Malah ada juga meluahkan perasaan cinta tetapi mereka sebenarnya mahu lakukan hubungan seks hanya kerana dirinya adalah bintang porno.

 

Saya melalui semuanya dan itu sangat-sangat menghancurkan hati saya dan menyukarkan saya untuk mempercayai orang. Susah sebenarnya mahu jumpa lelaki atau kawan yang baik. Itu lah antara satunya perkara yang menyedihkan apabila menceburi industri ini.

Sementara itu, Tribunnews melaporkan bahawa ibu bapa Maria Ozawa akhirnya mengetahui perkara tersebut selepas melihat wajah Maria berada dalam majalah. Malah, Maria juga dikatakan ada membawa 20 DVD video yang dibintanginya.

Pada awalnya, Maria menganggap itu adalah satu pencapaian yang boleh dibanggakan tetapi sebaliknya pula yang berlaku apabila dia mendapat tentangan hebat daripada kedua ibu bapanya. Mereka juga tidak mengaku Maria sebagai anak sebelum menghalaunya. Difahamkan, setelah meninggalkan industri tersebut, Maria kini memiliki perniagaanya sendiri-OhBulan

Sumber: Tribunnews



VIDEO DIBAWAH:

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=BjHQamPY4_A[/embedyt]


Sebaran :

Leave a Reply