Pukul isteri sampai lebam, penyanyi ditahan

Pukul isteri sampai lebam, penyanyi ditahan

Polis menahan seorang penyanyi atas dakwaan memukul bekas isterinya ketika datang mengambil anak mereka di rumahnya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian itu berlaku di kawasan parkir rumah penyanyi terbabit di Kota Damansara semalam.



Katanya, perselisihan faham berlaku antara kedua-duanya kerana bekas isteri berusia 27 tahun itu enggan bergambar dengan suspek.

Penyanyi itu kemudian memarahi dan memukulnya, menyebabkan badannya lebam dan sakit. Wanita itu kemudian membuat laporan polis.

“Suspek berumur 45 tahun itu ditahan di kediamannya bagi membantu siasatan. Hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek adalah negatif,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret esok untuk permohonan reman.



Kes itu disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017. FMT

Pukul isteri sampai lebam, penyanyi ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan



Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker