Moga uncle Roslan Aziz tabah hadapi ujian ini

Moga uncle Roslan Aziz tabah hadapi ujian ini

Penyanyi Amira Othman terkejut apabila mengetahui penerbit dan komposer lagu terkenal, Roslan Aziz, 60, kini menghidap kanser limfoma tahap empat dan dimaklumkan doktor mempunyai tempoh enam bulan untuk hidup.

Amira, 28, berkata banyak jasa Roslan kepadanya ketika menyertai Akademi Fantasia 2013 (AF2013) dulu yang mana dia adalah ‘bintang kesukaan’ juri tetap bersuara lantang itu.



“Banyak jasa beliau kepada saya dan terkejut juga apabila mengetahui berita ini. Saya turut bersedih tapi, ‘uncle’ Roslan yang saya kenal adalah seorang yang disegani dan kuat semangat untuk berjuang.

“Saya percaya ‘uncle’ Roslan sangat tabah dan insya-Allah moga Allah kurniakan keajaiban dan memberi kesembuhan buat sakit yang dialaminya. Saya harap dapat bertemu dengannya dan tidak mengganggunya,” katanya kepada Harian Metro.

Mira berkata dia mendoakan agar Roslan diberikan keajaiban dan kesembuhan daripada Allah seterusnya kembali sihat serta dapat menjalani kehidupan dengan baik.

Terdahulu, menerusi pendedahan dibuat Roslan kepada Astro Awani, dia memaklumkan mengalami sakit perut teruk pada 1 November tahun lalu hingga memerlukannya mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital.



Dia dinasihatkan doktor membuat pemeriksaan menyeluruh iaitu ujian darah dan pemeriksaan pengimejan resonan magnetic (MRI) untuk mengesan penyakit sebenar dihidapi.

“Mula-mula saya amat sedih apabila doktor mengesahkan saya didiagnosis menghidap kanser. Tapi, keadaan saya tidaklah begitu teruk.

“Saya sedar bahawa hidup yang saya lalui sangat singkat kerana penghujung kanser itu adalah mati,” katanya.

Roslan berkata dia bagaimanapun sudah menerima ujian diberikan Allah itu dengan sabar dan reda. Malah, bersyukur di kelilingi keluarga, sahabat dan kenalan yang sentiasa memberikan semangat untuk terus kuat melawan penyakitnya.



Roslan juga bekas suami penghibur, Datuk Sheila Majid kini sudah 23 tahun hidup bersama isterinya, Sopphilea Hamid yang banyak berkorban dan memberikan semangat buat dia menghadapi dugaan besar itu.

Menerusi dua perkahwinannya, Roslan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Wan Nur Khaleeda, Megat Abdul Majid Aziz, Megat Ali Aziz dan Megat Zayn Hamza Aziz. HM

Moga uncle Roslan Aziz tabah hadapi ujian ini


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan



Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker