Berdosa peguam bela pihak yang salah, wang diterima haram – MAZA

Berdosa peguam bela pihak yang salah, wang diterima haram – MAZA

Berdosa jika seorang peguam membela pihak diketahui bersalah dan wang pembayaran yang diterimanya adalah merupakan rezeki yang haram.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, dosa wang yang diambil daripada pihak yang salah itu lebih buruk daripada hasil pelacuran.

“Kerana dosa pelacur antara dia dengan Allah sahaja. Sementara dosa wang guaman yang batil merupakan kezaliman ke atas pihak yang lain,” kata Mohd. Asri.

Beliau menjawab pertanyaan oleh beberapa peguam mengenai kerjaya mereka yang kadang-kala membela atau mempertahankan kes-kes yang mereka tahu berada di pihak yang salah ataupun zalim.

Mohd. Asri berkata, menjadi prinsip Islam untuk menyuruh membela yang benar dan mengharamkan membela yang salah ataupun yang dosa.

Tegasnya, kebenaran dan kesalahan diukur dengan pengetahuan seseorang mengenai hakikat sesuatu perkara yang dibela tersebut.

“Jika dia percaya itulah yang benar berdasarkan keilmuannya yang mencukupi pada keyakinannya maka pembelaan itu menjadi pahala untuknya. Sekalipun kemungkinan pada ijtihad orang lain pendapat itu salah.

“Demikian juga kesalahan atau kebatilan. Jika seseorang itu tahu bahawa perkara yang dibela itu salah atau dia percaya tidak benar namun dia tetap membela kerana kepentingan dirinya atau ketaksubannya atau sikapnya yang tidak adil maka dia berdosa,” katanya.

Justeru menurut Mohd. Asri, seseorang peguam patut menilai kes-kes yang dia ambil untuk dibela.

Tambahnya, peguam perlu diingatkan bahawa pembelaan perkara batil akan memenangkan pihak diwakili tetapi menzalimi pihak yang ditentang.

Kezaliman tersebut akan dituntut dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.

“Jika ia membabitkan harta atau nyawa atau maruah atau apa sahaja, maka doa pihak yang dizalimi akan memburu orang yang zalim.

“Kehidupan itu bukan sahaja di mahkamah, tetapi di luar mahkamah ada kehidupan sebenar peguam itu sendiri.

“Demikian kehidupannya di akhirat. Allah tidak lupa kepada orang yang zalim. Maka berhati-hati bagi setiap kes yang diambil dan dibela agar tidak menzalimi pihak yang lain,” kata Mohd. Asri. MG

Berdosa peguam bela pihak yang salah, wang diterima haram – MAZA


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker