Motosikal Bertembung, Lelaki OKU Maut, Pekerja Kilang Parah

Motosikal Bertembung, Lelaki OKU Maut, Pekerja Kilang Parah

ALOR GAJAH – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) maut, manakala seorang lagi parah selepas motosikal ditunggangi masing-masing bertembung di Jalan Kuil Pengkalan di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.10 malam itu, mangsa, K. Mahendran, 40, maut di lokasi, manakala pekerja kilang, Mohd. Akmal Razali, 34, di kejarkan ke Zon Merah Hospital Alor Gajah selepas mengalami kecederaan parah di kepala.



Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintendan Amran@Mohamad Zaki Omar berkata, kemalangan berlaku apabila mangsa OKU yang menunggang motosikal jenis Honda Wave berwarna biru disyaki memasuki laluan bertentangan menuju ke arah Pengkalan.

“Setiba di tempat kejadian, motosikal mangsa telah bertembung dengan sebuah motosikal jenis Honda berwarna merah ditunggang seorang pekerja kilang yang menuju arah Alor Gajah.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang bekerja sebagai tukang cuci maut di lokasi, manakala seorang lagi parah di kepala dan dikejarkan ke Zon Merah Hospital Alor Gajah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil siasatan awal, punca kemalangan adalah disyaki akibat kegagalan mengawal motosikal.



Motosikal Bertembung, Lelaki OKU Maut, Pekerja Kilang Parah

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet



Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker