Pemilihan PKR sekadar sketsa politik Anwar

Pemilihan PKR sekadar sketsa politik Anwar

PEMILIHAN Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada kali ini disifatkan hanya sekadar sketsa politik Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin berkata, pemilihan dan perebutan jawatan dalam parti itu hanya sekadar untuk menafikan PKR sebuah parti berasaskan kroni dan keluarga Presidennya.



“Di atas kertas sememangnya pemilihan PKR pada kali ini mendapat sambutan apabila ramai pemimpin mencalonkan diri untuk bertanding merebut jawatan dalam parti.

“Namun realitinya, ini adalah sketsa politik Anwar Ibrahim untuk menunjukkan PKR ini mempunyai nilai, crowd dan paling penting hendak tunjukkan PKR memperjuangkan demokrasi bukannya parti Kroni & Keluarga Anwar Ibrahim,” katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Tambah beliau lagi, pemilihan PKR kali ini yang menyaksikan beberapa artis mencalonkan diri untuk bertanding turut dilihat hanya sekadar hiburan.



“Perkara ini tidak pelik kerana PKR sendiri merupakan parti yang paling “menghiburkan” kerana banyak drama dapat disaksikan sejak parti itu ditubuhkan.

“Drama sedih dan air mata merupakan cara PKR untuk mengemis undi daripada rakyat sejak sekian lama,” katanya.

Jelas Shahrul Nasrun lagi, pembabitan artis, pelakon dan pengarah dalam PKR akan menyaksikan lebih banyak lagi skrip dan drama baharu yang akan disajikan dalam senario politik negara.

“Kita perlu ingat dan jangan sesekali lupa akan sandiwara yang telah dihidangkan kepada rakyat Malaysia sebelum ini.



Baca juga: 65 kes pengeluaran Tabung Haji babit Macau Scam
“PKR perlu ingat bahawa rakyat Malaysia cerdik dan tidak akan terpengaruh lagi dengan wayang politik arahan Anwar Ibrahim,” katanya. E9

Pemilihan PKR sekadar sketsa politik Anwar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji



Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker