Kalau ‘YB Viral’ Norhizam Mahu Jadi Ahli UMNO Melaka Dipersilakan, Bukan Calon PRU15

Kalau ‘YB Viral’ Norhizam Mahu Jadi Ahli UMNO Melaka Dipersilakan, Bukan Calon PRU15

“UMNO mempunyai ramai tokoh-tokoh yang jauh lebih baik daripada Norhizam, jadi apa perlunya beliau dalam parti?”

UMNO Melaka tidak akan sesekali menerima bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee sebagai calonnya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), sebaliknya sebaliknya hanya boleh mempelawannya sebagai ahli biasa sahaja.

Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, parti terbesar itu juga senada dengan DAP yang sebelum ini mengumumkan untuk tidak mengambil kembali bekas Timbalan Pengerusi DAP Melaka itu sebagai calon mereka pada PRU akan datang.



“Setiausaha Agung DAP (Anthony Loke Siew Fook) juga memutuskan tidak sama sekali untuk menerima beliau kembali, begitu juga dalam UMNO, kita mempunyai ramai tokoh-tokoh yang jauh lebih baik daripada beliau.

“Kita tutup serapat-rapatnya apa yang beliau inginkan, tapi saya mengalu-alukannya kalau nak jadi ahli biasa, dipersilakan,” demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di Villa D’Acqua, Kampung Pulau, di sini semalam.

Sebelum ini, Norhizam dilaporkan mengintai peluang untuk bertanding di kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya pada PRU-15.

Beliau mengakui perlu bergerak atas tiket parti kerana tidak mahu mengulangi episod kekalahan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kerana bertanding sebagai calon bebas.

Norhizam turut mengakui dirinya telah ‘dipinang’ oleh parti-parti politik untuk menjadi ahli sekali gus ditawarkan sebagai calon pada PRU itu.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata, UMNO tidak memerlukan individu seperti Norhizam sebagai calon wakil rakyat kerana kegagalannya untuk menyokong UMNO sebelum ini.



“Jadi apa perlunya beliau berada (dalam UMNO) kerana beliau telah diuji tiada kesetiaannya untuk bersama-sama dengan kita dalam menghadapi PRN yang lalu,” katanya.

Pada PRN Melaka November lalu, Norhizam gagal mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Batu sebagai calon Bebas apabila hanya meraih 1,218 undi sekali gus gagal mempertahankan kerusi berkenaan.

Norhizam yang sebelum ini menang pada PRU14 lalu atas tiket DAP mengumumkan menjadi calon bebas dan akan memberi sokongan kepada UMNO yang untuk membentuk gabungan kerajaan baharu di negeri itu pada Mac 2020.

Bagaimanapun pada 4 Oktober tahun lalu, beliau yang dikenali dengan YB Viral adalah seorang daripada empat ADUN Melaka mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali, menyebabkan UMNO hilang kuasa dan memberi laluan kepada PRN Melaka. – MG

Kalau ‘YB Viral’ Norhizam Mahu Jadi Ahli UMNO Melaka Dipersilakan, Bukan Calon PRU15



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker