‘Jangan Dikocak Air Yang Sedang Tenang’ – UMNO Melaka
‘Jangan Dikocak Air Yang Sedang Tenang’ – UMNO Melaka
Setiap pemimpin dalam UMNO mempunyai peranan masing-masing dan ahli-ahlinya pula tidak wajar membuat kenyataan bersifat “mengocakkan air yang tenang”.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, mana-mana pemimpin yang mahu menerajui pimpinan parti mesti melalui proses pemilihan yang sah dan menyerahkan segala keputusan kepada akar umbi.
Jelasnya, keputusan dibuat pihak tertinggi parti itu perlu diterima oleh semua ahli, termasuk menerima seadanya peranan yang boleh dimainkan oleh setiap pemimpin.
“Siapa juga yang ingin menerajui pimpinan parti, dia kena masuk proses.
“Parti kita ada pemilihan dan kita lepaskan pada akar umbi untuk memilih siapa juga yang akan menaungi parti.
“Masing-masing ada peranan… presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ada peranan dia dalam kemelut untuk mengeluarkan UMNO dari awal permasalahan sehingga hari ini.
“Apabila kita berjaya, jangan kita lupa masing-masing ada peranan, jadi yang akan datanng kita serahkan semula kepada akar umbi untuk memilih peneraju parti kita.
“Tidak semestinya, dalam politik era baharu ini, pertama kali dalam UMNO, yang presidennya tidak menjadi perdana menteri, yang pertama kali juga PM bukan dari Presiden UMNO.
“Maka kita kena lihat politik dan pemikiran secara positif,” kata beliau.
Pada Khamis, MKT UMNO sebulat suara mencadangkan Ismail Sabri, yang juga naib presiden parti, untuk menjadi calon perdana menteri bagi PRU15 akan datang.
Susulan itu, Ketua Bahagian UMNO Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, sudah tiba masanya Ismail Sabri diberi amanah sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan pengarah utama jentera pilihan raya BN.
Mengulas lanjut, Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara berkata, fokus parti kini sepatutnya terarah untuk memenangi PRU15 dan peranan semua pihak adalah dalam memastikan kesepakatan.
Keputusan MKT UMNO mengangkat Ahli Parlimen Bera itu pula perlu diberi fokus dan tidak perlu mana-mana pihak meminta ‘itu dan ini’ berikutan perkembangan berkenaan, katanya lagi.-AA
‘Jangan Dikocak Air Yang Sedang Tenang’ – UMNO Melaka
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kongsi potret beruk bertengkolok, Fahmi Reza dipanggil Bukit Aman
- Cara Mohon Laptop Percuma 2022
- Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…
- Setiap inci Tok Ram saya tak suka – Alyah
- Resepi Udang Khamped Thai Padu
- Ustazah Asma Selar Model Berhijab Pakai Baju Raya Ketat
- Ebit belanja minyak percuma untuk ‘rider’ di Jakarta
- Siti Bainun dera Bella setiap malam hampir 4 bulan – saksi
- Mansuh langkah wajib pakai pelitup muka – Karim Hamzah
- Zaki Yamani Tampil Jelaskan..’Baba Sendiri Tak Nak Jumpa, Tiada Siapa Halang’ [VIDEO]
- DJ Wong cerai isteri talak 3 ketika siaran langsung FB
- Kes langgar mati: Penangguhan hukuman ditolak, MP pembangkang melompat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak
Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji