Resepi Sup Daging Siam Padu

Resepi Sup Daging Siam Padu

RESEPI sup daging Siam memang istimewa kerana rasa dia masam-masam dan sedikit pedas menjadikan ia menu kesukaan ramai.

Nak makan dengan nasi putih boleh, makan begitu sahaja pun boleh. Terpulang pada selera masing-masing.

Tambah lagi, jika dijadikan juadah berbuka puasa atau bersahur, boleh tambat selera sekeluarga.

Apa yang paling penting, sup Siam ini hanya menggunakan bahan mudah satu perencah sahaja. Serius, rasa sup Siam daging ini sangat padu. Marvellous!

Pasti ramai yang tak sabar nak mencuba resepi ini kan? Bila buat sendiri lagi puas makan. Tak rugi mencuba!

Bahan-bahannya;

500-800 gram daging lembu hingga lembut
500 ml air kosong
1 1/2 pek perencah sup siam Adabi
2 ulas bawang putih diketuk
1 batang saderi panjang
1 batang akar daun ketumbar ketuk
4-5 tangkai daun ketumbar
1-2 tangkai daun bawang
2-3 cili Thai ketuk
1/2 bawang Holland saiz besar
2 biji tomato belah 4
1 biji besar asam limau
3 sudu makan sos ikan
Garam, serbuk perasa, bawang goreng

Cara membuatnya;

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, hirisan bawang Holland, lada Thai ketuk, akar daun ketumbar, 2/3 bahagian tomato hingga bawang betul-betul layu.
2. Masukkan 700 ml air (air + air rebusan daging), daging rebus, daun ketumbar, perencah, sos ikan dan tomato. Buka api besar, tutup periuk dan didihkan.
3. Bila dah mendidih, perasakan dengan serbuk perasa, garam, hirisan asam limau hingga rasa masam pedas aroma sup. Air jangan kurang jangan lebih seperti di atas untuk sukatan ini. Siap.
4. Taburkan bawang goreng. Lagi padu masukkan juga daun ketumbar.

Bolehlah dihidangkan bersama nasi panas, bihun, mi atau kuetiau yang telah dicelur.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Ben Safwan

Resepi Sup Daging Siam Padu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker