Pas Masih Merengek Kasih Sayang UMNO – Mahfuz

Pas Masih Merengek Kasih Sayang UMNO – Mahfuz

Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kemelut membabitkan parti Pas dan UMNO ketika ini adalah isu membabitkan kasih sayang dan sukar untuk diselesaikan.

Pas juga disifatkan beliau masih merengek dan mendambakan kasih sayang daripada UMNO khususnya ketika isu membabitkan pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Tegasnya, kedua-dua parti itu juga mengamalkan politik sempit yang mana tidak mampu melihat keupayaan dan kemampuan parti masing-masing selain isu kepercayaan meskipun sedang ‘tidur sebantal’ di peringkat Persekutuan.

“Saya lihat masalah yang dihadapi sekarang ini adalah Pas masih merengek untuk mendapat kasih sayang UMNO, tetapi UMNO sudah isytihar dia akan pergi secara solo… jadi ini isu kasih sayang dan saya tak nampak keadaan ini akan diselesaikan.

“Namun, apa (sahaja keputusan) pun terpulang kepada kedua parti sama ada mereka hendak berdamai atau tidak… tetapi dengan pengisytiharan muzakarah antara Pas dan Bersatu dan mereka telah pun tandatangan satu perjanjian, saya tidak nampak mereka kembali bersama UMNO,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz berkata demikian ketika ditemui nedia selepas Majlis Bertemu Mata, Bertanya Khabar Petani, di Kampung Atas Kota, Langgar di sini, pada Khamis.

Beliau turut berpendapat, kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung pendiriannya mengenai UMNO sebagai arahan untuk ahli-ahli parti terbabit taat terhadap setiap keputusan kepimpinan yang dibuat.

Kata Mahfuz, kenyataan Ahli Parlimen Marang itu dalam catatan di ruangan Minda Presiden Pas di akaun Facebooknya seperti menterjemahkah kebimbangannya kehilangan lebih ramai ahli parti berkenaan susulan pergolakan dalaman Pas.

“Inilah kaedah yang dilakukan Pas selama ini iaitu taat, siqah, wala’ kepada pemimpin, apa yang disebut (Tan Sri) Haji (Abdul) Hadi (Awang) semalam dia nak ahli Pas taat kepada keputusan yang dibuat oleh pemimpin, sebab dia sudah dapat melihat bagaimana di bawah ini berlaku pergolakan ahli.

“Tiga hari saya berada di Kelantan, saya bertemu ahli Pas, mereka sendiri resah gelisah, dengan perkembangan pemandu bas (Presiden), mereka sebagai penumpang, dalam keadaan tidak ketentuan mereka bimbang akan bahayakan kepada kehidupan ahli Pas itu sendiri, itu menyebabkan Haji Hadi takut penumpang Pas turun bas,” kata Mahfuz.

Abdul Hadi dalam catatannya berkata, Pas tidak akan sekali-kali diperbodohkan dengan politik sempit dibawa oleh UMNO.

Bahkan, Abdul Hadi mendakwa, UMNO masih lagi membawa pendekatan ‘asabiyyah’ Melayu yang hanya melibatkan dua parti sahaja dan meminggirkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Malah beliau turut mendakwa, UMNO juga meminggirkan masyarakat majmuk melalui pendekatan yang telah gagal melalui Barisan Nasional (BN).-AA

Pas Masih Merengek Kasih Sayang UMNO – Mahfuz

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang

Jong-un dirakam berjalan tempang [VIDEO]

Pakar tangkap ular kritikal dipatuk tedung selar [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker