Sarah Hildebrand enggan kembali ke Malaysia

Sarah Hildebrand enggan kembali ke Malaysia

Bekas pelakon Sarah Hildebrand memberi gambaran seolah-olah akan menyertai unit Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

Dalam hantaran tersebut, Sarah atau nama lengkapnya Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand memuat naik foto seperti menghadiri ujian ketenteraan di sebuah pangkalan tentera udara AS.



Walaupun tidak memberikan penjelasan lebih lanjut, bekas pelakon yang pernah membintangi drama Pujaan Hati Kanda itu juga berkongsi foto dirinya sedang bersalaman dengan seorang pegawai tentera selain memuat naik skor yang diperoleh dalam ujian ketenteraan.

“Semuanya tidak mustahil,” katanya ringkas pada ruangan kapsyen.

Perkongsian Sarah sekali gus menarik perhatian khalayak apabila rata-rata mengucapkan tahniah kepadanya.

“Tahniah! Saya bangga dengan awak,” ucap seorang peminatnya.



“Awak sertai pasukan Tentera Udara AS Sarah? Tahniah!” kata seorang lagi peminatnya.

“Patutlah nak tambah berat badan. Tahniah Sarah,” ujar seorang netizen.

Terdahulu, Sarah yang juga seorang pengacara membuat kejutan apabila mengumumkan persaraannya dari industri seni hiburan tempatan menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagramnya.

Ujar pelakon berusia 32 tahun itu lagi, dia berharap pengumuman tersebut dapat ditularkan supaya ramai pihak tahu bahawa dirinya sudah pun bersara dari industri seni hiburan tempatan.



Selepas bersara, Sarah kemudiannya nekad meninggalkan Malaysia dan berhijrah ke AS.

Dia juga enggan lagi kembali ke negara ini. K Online

Sarah Hildebrand enggan kembali ke Malaysia


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur



MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker