Kau Tunggulah !


Kau Tunggulah !. GLOKALIS Tun Sri Lanang berkata, rakyat marah dengan kerajaan sekarang ini kerana bersebab tetapi ada pula yang tidak dapat terima kalau ditegur cara pemerintah hari ini.

Tak habis-habis lagi senario ‘remote control’ kebebasan penulisan atau media sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) sehinggalah ke hari ini, era kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Apabila rakyat marah dan sedih dengan tindak-tanduk kerajaan PN yang gagal menangani beberapa perkara, ada bau-bau bacang dibawa angin, jangan tulis dan hentam kerajaan PN.

Adoilah! Hati tisu sungguh. Bukan menulis untuk menghentam, jauh sekali untuk menjatuhkan siapa sahaja yang menjadi pentadbir negara atau pemerintah sebaliknya, teguran menerusi penulisan inilah suara rakyat yang disampaikan melalui wartawan bertauliah yang menulis.

Takkan itupun tidak boleh dan dihalang? Kalau ya, siapa yang layak menegur pentadbir kerajaan apabila tindakan mereka tidak diterima oleh rakyat?

Suka atau tidak, kerajaan perlu tahu kenapa rakyat marah dengan kerajaan sehingga keluar tanda pagar atau #KG-KerajaanGagal.

Ini antara sebabnya iaitu:

-Bila buat undang-undang sirih kita ikut tetapi yang langgar undang-undang adalah si pembuat undang-undang!

-Raya tidak boleh ziarah tetapi bila Tahun Baru Cina, boleh pula benarkan ziarah dan makan besar! Masyarakat India boleh pula pergi ke kuil ketika Thaipusam tetapi orang Islam yang penduduknya di Malaysia ini adalah majoriti, ada kuota boleh ke masjid atau surau!

-Rakyat disuruh kuarantin 14 hari. Menteri balik dari luar negara, tidak perlu kuarantin! – Rakyat benganglah.

– Bila Kluster Kayangan buat hal, tindakan macam haram, bila golongan marhaen buat hal, kena dendalah, samanlah macam nak giler!

Apa akibatnya?

Kau tunggulah waktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Pakatan Harapan (PH) memang noway rakyat akan sokong.

PN kerajaan gagal ni sure rakyat tidak akan sokong.

BN??? Rakyat bagi balik memerintah kerana lebih banyak baik daripada tidak baiknya BN ni. SM

Kau Tunggulah !


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT

 

Moga Muhyiddin berpijak di bumi yang nyata

Related Articles

One Comment

  1. Kemarahan rakyat pada PN, terutamanya PPBM sudah menjadi dendam yang membara.
    PPBM bernasib baik kerana rakyat di Malaysia tidak seperti rakyat di Libya yang menghukum pemimpinnya di jalanan, namun dalam PRU 15 nanti, In Sya Allah, pemimpin PPBM akan tahu apa yang dikatakan suara rakyat, suara keramat.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker