Tak lanjut MoU kerajaan-PH selepas 31 Julai – Ahmad Maslan

Tak lanjut MoU kerajaan-PH selepas 31 Julai – Ahmad Maslan

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno memutuskan memorandum persefahaman (MoU) kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) yang berakhir 31 Julai ini tidak akan diteruskan.

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan berkata, Umno juga menetapkan akta anti-lompat parti mesti diteruskan dan disokong untuk diluluskan di Parlimen.

“Tanpa berkompromi dengan gesaan pihak yang cuba menggagalkan mahupun cubaan untuk mengubah maksudnya kepada bentuk perundangan lain.



“Umno berpendirian akta-anti lompat parti mesti segera direalisasikan sebagai satu manifestasi untuk memastikan hak pengundi sentiasa terpelihara dan dihormati,” katanya selepas mesyuarat MKT.

MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai kerajaan persekutuan dengan PH pada 13 Sept 2021, berkuat kuasa sehingga Parlimen ke-14 dibubarkan.

Ia antara lain menyatakan kerajaan bersetuju tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 Julai ini.

MoU itu turut menyatakan Rang Undang-undang Anti-Lompat Parti perlu dibentang dan diluluskan dalam sidang pertama Dewan Rakyat pada tahun ini. Sidang pertama itu berakhir 24 Mac lalu.



Pada 10 April lalu, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, cadangan akta anti lompat parti dijangka dibentangkan di Parlimen pada Julai ini.

Beliau berkata, kerajaan tidak berniat melengahkan pembentangan akta anti lompat parti, sebaliknya mahu peruntukannya diperincikan dengan lebih jelas.

Katanya, sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk meneliti dan menggubal akta itu, dengan anggotanya terdiri daripada wakil kerajaan, pembangkang dan mungkin ahli akademik yang pakar dalam Perlembagaan. FMT

Tak lanjut MoU kerajaan-PH selepas 31 Julai – Ahmad Maslan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker